:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Monday, February 25, 2008

mohd Hazlie b Mohd Zamili

MANHAJ AL- MUJADALAH

Mujadalah atau al-jadal merupakan tabiat semula jadi manusia yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T. Jadal wujud kesan daripada gerakbalas konfllik golongan tertentu. Di sinilah kita menggunakan mujadalah untuk menolak hujah-hujah yang mereka kemukakan. Jawapan yang di beri tidak semestinya menggunakan dalil al-Qur'an atau al-Hadith sahaja. Kita perlu menggunakan manhaj mujadalah untuk menolak hujah-hujah mereka. Jadal atau mujadalah di sebut dalam al-Qur'an sebanyak dua puluh sembilan kali.( al-Barakat : 90-91 )
Bagi umat Islam, dakwah merupakan tanggungjawab yang wajib dilakukan mengikut kemampuan masing-masing. Dalam menjalankan dakwah para pendakwah ini akan menemui beberapa ujian seperti mendapat tentangan daripada masyarakat non-muslim dan golongan yang ingkar. Golongan ini akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk menjatuhkan dan melemahkan agama yang mulia ini iaitu agama Islam.
Islam merupakan agama yang menggalakkan umatnya menggunakan akal dan menghargai akal fikiran. Akal dalam Islam mempunyai tugas yang tersendiri dalam keimanan kepada Allah S.W.T. dan menggunakan akal untuk berfikir tentang keagungan ciptaan Yang Maha Esa serta merenung tentang kewujudan diri kita di atas muka bumi ini. Manusia hanya akan aman dan bahagia hidup di dunia ini apabila mendapat petunjuk dari Allah S.W.T melalui kitab yang diutuskan kepada rasulnya. Jika kita lihat sendiri bagaimana perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan dakwah yang mendapat tentangan dari masyarakat pada zamannya. Memahami dengan sifat manusia yang sememangnya banyak alasan, maka allah telah menjadikan manhaj jadal sebagai salah satu cara menyelesaikan perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia.

Kesimpulannya al-jadal berperanan menolak kepalsuan dan kebatilan. Perdebatan samada dalam bentuk mujadalah atau perbincangan boleh dijadikan sebagai satu jalan untuk membuktikan kebenaran sesuatu hujah walaupun ada manusia yang tidak mahu menjadikan al-Qur'an sebagai hujah.

0 comments: