:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Tuesday, February 26, 2008

Norhafizah Saad (A119500)

TOKOH DAKWAH: SAYYID QUTHUB

1.PENDAHULUAN

Kebebasan beragama merupakan hak yang pertama yang dimiliki oleh individu. Kebebasan agama atau aqidah ini, mestilah disertai kebebasan dalam menyampaikan dakwah terhadap agama lain, serta harus dengan rasa aman dan bebas dari ancaman- ancaman dan fitnah. Hal ini kerana, tanpa kebebasan dakwah mak kebebasan agama itu tidak ada ertinya. Jihad diperintahkan dalam Islam tidak untuk memaksa orang menerima Islam, tetapi untuk menjaga dan menjamin dua kebebasan yang amat penting, iaitu kebebasan beragama dan kebebasan dakwah. Oleh itu, untuk menyampaikan dakwah, setiap muslim mestilah mengikut panduan yang benar dan tepat. Antara panduan yang harus diikuti ialah melalui melalui tokoh- tokoh dakwah Islamiah yang terdahulu. Antara tokoh dakwah yang dalam kertas kerja ini ialah Sayyid Quthub. Perbincangan yang terkandung dalam kertas kerja ini mengenai latar belakang Sayyid Quthub, filsafat dakwahnya, metodologi dakwahnya, dan karya- karyanya.

2. LATAR BELAKANG SAYYID QUTHUB

2.1 Riwayat hidup

Sayyid Quthub lahir di desa Musya wilayah Provinsi Asyuth, Mesir Atas, pada tahun 1906. Nama lengkapnya adalah Quthub Ibrahim husain Syadzili. Para penulis berbeza pendapat tentang negeri asal Sayyid Quthub. Sebahagian penulis menyebut Sayyid Quttub berasal dari Mesir, sedang sebahagian yang lain menyebut Quthub berasal dari India.

Pendapat kedua dianggap lebih kuat kerana dua alasan. Pertama, secara fizikal raut muka keluarga Sayyid Quthub tidak seperti raut muka orang Mesir pada umumnya, tetapi mirip raut wajah orang India. Kedua, didasarkan pada pengakuan Sayyid Quthub sendiri kepada Abu al-Hassan Ali al-Nadwi ketika yang terakhir ini mengajak Quthub berkunjung ke India. Kepada al-Nadwi, Quthub berkata, “keinginan saya berkunjung ke India merupakan keinginan yang fitrah. Kerana, datukku yang keenam, Abdullah, berasal dari sana”( Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 41 )

Sayyid Quthub merupakan anak kedua dari lima adik adik-beradik. Ayahnya, Haji Ibrahim, merupakan seorang muslim yang taat beragama. Beliau telah menunaikan ibadah haji dalam usia yang sangat muda. Digambarkan bahawa Haji Ibrahim selalu melaksanakan solat lima waktu secara berjamaah di masjid. Sayyid Quthub kecil pun selalu diajak menemani ayahnya pergi ke masjid. Haji Ibrahim juga seorang dermawan. Beliau banyak membantu orang-orang miskin dan lemah di desanya. Beliau juga dikenali sebagai tokoh dan aktivis Parti Nasional. Sebagaimana ayahnya, ibu Quthub juga seorang yang taat dalam agama islam. Beliau memiliki kegemaran membaca al-Quran dan mendengar bacaan al-Quran. Sejak kecil Sayyid Quthub dibimbing oleh ibunya dalam membaca dan menghafal al-Quran.

Keluarga Quthub tergolong dalam keluarga yang bahagia. Kedua ibubapanya jarang atau hamper tidak pernah yerlibat dalam pertengkaran. Hubungan Quthub dengan saudara-saudaranya juga terjalin sangat baik. Desa Munsyi, tempat Quthub dilahirkan nyaman dan jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Dalam lingkungan keluarga yang harmonis dan di desa yang tenang itu, Sayyid Quthub dilahirkan dan dibesarkan. Neliau tidak meninggalkan tempat kelahirannya itu sehinggalah beliau meningkat remaja Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 42 )

2.2 Pendidikan Sayyid Quthub.

Sayyid Quthub mula balajar pada tahun 1912 ketika baru berusia enam tahun sehingga tahun 1918 ketika berumur dua belas tahun. Beliau seorang anak yang cerdas dan telah menghafal seluruh al-Quran pada usia sepuluh tahun. Beliau menghafal al-Quran dalam masa tiga tahun. Pada tahun 1921, Quthub pergi meninggalkan kampung halamannya ke Kairo ketika berusia 14 tahun. Di Kairo beliau tinggal bersama bapa saudaranya, Ahmad Husain Usman selama empat tahun. Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 43 )

Pada tahun1925, Quthub belajar di Sekolah Guru ( Madrasat Mu’allimin ) selama tiga tahun. Setelah lilus di Sekolah Guru beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Darul al-‘Ulum sehingga tahun 1933. dengan mendapat gelaran Lc dalam bidang Sastera dan pendidikan. Setelah tamat belajar beliau mula bekerja di Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Mesir selama lapan tahun dari tahun 1940 sehingga tahun1948. kemudian beliau menerima tawaran belajar di Amerika untuk meneliti system dan metodologi Barat. Banyak pendapat mengatakan bahawa tawaran ini sengaja diberikan untuk menyingkirkan Quthub dari Mesir. Hal ini kerana pihak penguasa merasa resah dengan tulisan-tulisan Quthub yang sangat tajam dan kritis menyerang berbagai kebijaksanaan pemerintah di Majalah al-Fikr al-Jadid yang diasuh oleh al-Minyawi

Di Amerika, Quthub belajar di beberapa perguruan tinggi, antaranya, menurut John L. Esposito, beliau pernah belajar di Wilson’s Teacher’s College, kini University District of Colombia. Beliau juga belajar di University of Nothern Coloradus’ teachers College. Di universiti ini beliau mendapat gelaran Master of Art (MA) dalam bidang pendidikan. Terakhir beliau belajar di Stanfird University (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 44 ).

Sayyid Quthub berada di Amerika selama dua tahun. Pada tahun 1950, beliau menunggalkan Amerika. Dalam perjalanan pulang, beliau berkunjung ke Inggeris, Swiss, dan Italia. Pada tahin 1951, beliau kembali ke Kairo, Mesir. Tapi Quthub tidak bersedia lagi untuk bekerja di Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan. Oleh itu beliau aktif kembali menulis di media massa dalam masalah-masalh sosial dan politik. Seterusnya, beliau melibatkan diri secara langsung dalam pergerakan Mesir kotemporer setelah secara rasmi beliau bergabung dengan Ikhwan al-Muslimin(Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 45 ).

3. FILSAFAT DAKWAH SAYYID QUTHUB

3.1 Latar Belakang dan Tujuan Dakwah

Dalam bahagian ini, membincangkan latar belakang dan tujuan dakwah, dan sumber pemikiran ( Filsafat ) dakwah. Perbicaraan mengenai tiga hal tersebut diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai filsafat dakwah Sayyid Quthub. Dalam latar belakang yang merupakan perbahasan utama dalam bab ini, disajikan tiga perbahasan, iaitu keperluan manusia kepada dakwah, keharusan dakwah, dan tujuan dakwah.

3.1.1. Keperluan Manusia Kepada Dakwah

Manusia memerlukan risalah Islam untuk membebaskan dan menyelamatkan diri daripada kehancuran. Maka, dakwah menurut Sayyid Quthub bukan hanya menjadi keperluan umat Islam, tetapi merupakan keperluan kemanusiaan. Dalam penyataan ini Quthub berkata :

Semua orang memerlukan kita, memerlikan aqidah kita, memerlukan prinsip-prinsip hidup kita, jiga memerlikan syariat kita dan sistem sosial kita yang dapat memberikan perlindungan kepada setiap orang dan memberikan kehormatan dan kemuliaan kepada manusia, serta memberi kedamaian dan ketenangan bagi setiap manusia, keluarga dan masyarakat. Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 135 )

Oleh itu, dengan memperkuatkan iman kepada Allah SWT, umat Islam menurut Quthub harus mampu meningkatkan kemampuan mereka dalam berdakwah dan dalam menyeru dan mengajak manusia kepada aqidah Islam, syariat Islam, dan pemerintahan Islam. Dengan izin Allah, demikian Quthub, umat Islam mampu melakukan dakwah itu serta harus berhadapan dengan berbagai tentangan dan kejahatan di sana- sini. Atas dasar keperluan yang mendesak ini, maka dakwah tidak asing lagi menjadi keharusan dan kewajipan yang amat penting bagi umat Islam dewasa ini (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 136 )

3.1.2 Keharusan Dakwah

Dakwah merupakan salah satu kewajipan agama bagi orang muslim. Dalam masalah ini tiada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Walaubagaimanapun, dakwah tetap memerlukan kelompok khusus dan memiliki kemampuan dalam melaksanakan tugas dakwah. Menurut Sayyid Quthub, kewajipan berdakwah berkait dengan masalah iman ( Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 136 ).

Selain itu, Sayyid Quthub mengaitkan kewajipan berdakwah mestilah menyampaikan amanah. Setiap Muslim mestilah menyampaikan amanah itu berdasarkan firman Allah SWT :

* ¨bÎ) ©!$# öNä.ããBù'tƒ br& (#rŠxsè? ÏM»uZ»tBF{$# #n<Î) $ygÎ=÷dr& #sŒÎ)ur OçFôJs3ym tû÷üt/ Ĩ$¨Z9$# br& (#qßJä3øtrB ÉAôyèø9$$Î/ 4 ¨bÎ) ©!$# $­KÏèÏR /ä3ÝàÏètƒ ÿ¾ÏmÎ/ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. $JèÏÿxœ #ZŽÅÁt/ ÇÎÑÈ

Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat. (al- Nisa’ : 58 )

Keharusan menyampaikan amanat itu, menurut Quthub harus dimulai dengan amanat yang besar, amanah yang berkait dengan fitrah manusia, iaitu amanah iman dan ma’rifah kepada Allah SWT ( Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 138 ).

3.1.3 Tujuan Dakwah

Tujuan dakwah tidak dapat dicapai tanpa memperkuatkan aqidah itu sendiri. Untuk itu sasaran utama dakwah menurut Sayyid Quthub, berpusat kepada dua hal pokok. Pertama, memperkenalkan kepada manusia Tuhan mereka yang sebenarnya, iaitu Allah SWT dan membimbing mereka agar menyembah hanya kepada-Nya. Dengan perkataan lain, tujuan dakwah yang terpenting menurut Quthub, adalah ma’rifat Allah dan tauhid Allah.

Kedua, dakwah menghendaki agar manusia menjadi Islam, iaitu sikap berserah diri serta tundu dan patuh ke pada Allah SWT. Islam bagi Quthub manjadi misi semua nabi dan utusan Allah SWT dan merupakan ajaran inti dari setiap agama yang benar. Semua nabi, dari Nabi Ibrahim a.s. hingga Nabi Muhammad saw membawa misi yang sama, iaitu al-Islam ( Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 141).

Jadi, dengan pengertian di atas, al- Islam yang menjadi inti kepada semua agama yang benar, menghendaki agar manusia melepaskan diri dari pengaruh hokum dan nilai-nilai manusia, dan hanya tunduk dan patuh kepada hukum dam undang-undang Allah SWT.

Oleh itu jelaslah di sini bahawa, tujuan dakwah yang dikemukakan Quthub di atas, iaitu ma’rifatAllah, tauhid Allah, dan al-Islam,sesungguhnya merupakan tujuan dakwah yang bersifat umum dan terfokus pada masalah aqidah dengan semua implikasinya. Dalam pandangan Quthub, aqidah memang menjadi perkara utama bagi segala kebaikan dan kesejahteraan umat manusia. Dalam perspektif ini, kebahagiaan dan kesejahteraan manusia yang merupakan tujuan akhir dari dakwah tidak dapat dicapai tanpa kematangan dalam aqidah. Oleh itu, pembinaan aqidah menjadi perkara utama kegiatan dakwah (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 142 ). Sistem Allah itu, dalam pandangan Quthub tidak akan pernah terwujud tanpa tegaknya aqidah. Dari sini, Quthub melihat bahawa aqidah dalam erti ma’rifat Allah, tauhid Allah serta al-Islam dengan berbagai implikasinya seperti telah di kemukakan dipandang oleh Quthub sebagai tujuan dan sasaran terpenting dari dakwah (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 143 ).

4.0 METODOLOGI DAKWAH SAYYID QUTHUB

Setiap aktiviti dakwah harus dirancang dan dilakukan dengan sebaik-baiknya. Perbicaraan tentang bagaimana dakwah harus dilakukan, merupakan perbincangan mengenai metodologi dakwah. Metodologi dakwah merupakan aspek penting dalam proses dakwah.

Bagi Quthub, metodologi dakwah tidak kurang pentingnya dengan dakwah itu sendiri. Dalam pemikiran Quthub, perbicaraan mengenai metodologi ini sekurang-kurangnya berkaitan dengan beberapa perkara penting, iaitu kaedah umum dakwah Islam dan prinsip-prinsip metodologi dakwah (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 235 )

4.1 Kaedah Umum ( kebijaksanaan Dakwah Islamiah )

4.1.1 Dakwah Tidak Memaksa.

Prinsip ini berdasarkan firman Allah SWT :

Iw on#tø.Î) Îû ÈûïÏe$!$# ( s% tû¨üt6¨? ßô©9$# z`ÏB ÄcÓxöø9$# 4

Maksudnya : Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya Telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat ( al-Baqarah : 256 )

Penegasan ( al-nafy ) dalam ayat di atas, menurut Quthub, merupakan penegasan dalam bentuk mutlak, bererti menafikan pemaksaan agama dalam bentuk apa pun. Di sini Allah SWT memberi kebebasan kepada manusia mengikut kepercayaannya, benar atau sesat, dan menjadikan masalah ini sebagai tugas dan tanggungjawab manusia itu sendiri. Bagi Quthub kebebasan agama merupakan kebebasan yang paling penting dari semua kebebasan yang dimiliki manusia (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 236 ).

Islam melarang keras memaksa agama itu. Hal ini menurut Quthub,kerana masalah agama adalah masalah menerima atau menolak setelah adanya penjelasan dan pemehaman, bukan masalah pemaksaan.kepercayaan agama itu tidak dapat masuk ke dalam jiwa manusia dengan cara pemaksaan (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 237 ).

Namun, perlu difahami bahawa kebebasan agama itu, menurut Quthub, tidak beerti bahawa setiap orang bebas mempertuhankan hawa nafsnya. Hal ini kerana, prinsip yang harus ditegakkan menurut ajaran Islam ialah prisip ketundukan dan kepatuhan manusia kepada Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Kuasa. Setelah tegaknya Prinsip tersebut, maka setiap orang bebas menganut kepercayaan apa pun. Dengan itu, ketundukan dan kepatuhan manusia benar-benar hanya kepada Allah SWT (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 238 ).

4.1.2 Hidayah di Tangan Allah SWT

Prinsip ini tidak dapat dijadikan justifikasi bagi kegagalan para da’I dalam melaksanakandakwah, misalnya dengan mengatakan bahawa kewajipan da’I hanya menyampaikan sedang petunjuk masuk Oslam dating dari Allah SWT. Anggapan ini pada titik yang paling akhir memang benar. Namun seorang muslim diperintahkan oleh Allah SWT agar berusaha kerana Allah SWT tidak akan mengubah nasib dan keadaan suatu kaum tanpa ada usaha yang sungguh-sungguh. Oleh itu, prinsip ini boleh dijadikan sebagai jalan yang terakhir ketika semua usaha dalam proses dakwah telah tertutup dan menemui jalan buntu (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 242 ).

Menurut Quthub, Islam sebagai system hidup dapat wujud dan menjadi sempurna di tengah-tangah masyarakat. Dengan usaha dan perjuangan manusia itu sendiri. Bagi Quthub, hidayah tidak berdiri sendiri, tetapi berkait dengan usaha manusia, bahkan buah dari usaha itu sendiri. Allah SWT berfirman :

z`ƒÏ%©!$#ur (#rßyg»y_ $uZŠÏù öNåk¨]tƒÏöks]s9 $uZn=ç7ß 4

Maksudnya : Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami ( al- Ankabut : 69 ).

3 žcÎ) ©!$# Ÿw çŽÉitóム$tB BQöqs)Î/ 4Ó®Lym (#rçŽÉitóム$tB öNÍkŦàÿRr'Î/ 3

Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri ( al- Ra’ad : 11 ).

Berdasakan dua ayat di atas dan ayat-ayat lain yang serupa, menurut Quthub, Allah SWT selalu mendukung atau memberikan sokongan kepada orang yang berusaha untuk mendapatkan petunjuk Allah SWT (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 242 ). Menurut Quthub lagi, ayat di atas memperlihatkan dengan jelas hubungan usaha manusia di satu pihak dengan dukungan dan pertolongan Allah SWT di pihak yang lain. Mereka akan mencapai apa yang mereka usahakan, baik atau buruk, petunjuk atau kesesatan (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 243 ).

4.2 Prinsip dan Metodologi Dakwah

4.2.1 Dakwah Dengan Hikmah

Dakwah dengan hikmah menurut Quthub adalah dakwah yang dilakukan dengan benar dan tepat. Kebenaran dan ketepatan yang terdapat dalam pengertian dakwah dengan hikmah, menurutnya merangkumi tiga unsur utama, iaitu :

a) mengenai situasi dan konsisi mad’u iaitu dakwah yang dilakukan mestilah sesuai dan sejajar dengan tahap mad’u. Contohnya dari aspek sosio-politik, sosio-ekonomi dan sebagainya.

b) Kadar dakwah yang disampaikan mestilah sesuai dengan keperluan mad’u, seperti persiapan mentalnya. Ini beerti, dakwah yang disampaikan tidak boleh berlebihan sehingga membebankan dan menyulitkan mad’u sebelum ia siap dan sanggup menerimanya.

c) Berkaitan metode dan teknik yang digunakan. Dalam hal ini metode dan teknik yang digunakan mestilah tepat, sesuai dengan keperluan. Da’i tidak dibenarkan terlalu menurut nafsu sehingga melampaui batas-batas kearifan.

Dakwah dengan hikmah menurut Quthub adalah dakwah al-Quran itu sendiri. Sifat hikmah, kata Quthub, sebenarnya diberikan kepada yang berfikir. Ini beerti al- Quran memiliki sifat hidup dan kesedaran kerana ia memang merupakan keharusan dari yang arif dan bijaksana (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 248 ).

4.2.2 Nasihat Yang Baik

Nasihat yang baik menurut Quthub adalah nasihat yang dapat masuk ke dalam jiwa manusia serta dapat menyejukkan hati,bukan nasihat yang penuh dengan cacian dan sebagainya. Menurutnya lagi, nasihat yang baik adalah nasihat yang lemmah lembut yang dapat melunakkan hati yang keras. Ia merupakan nasihat yang diberi dengan penuh kasih sayang, seperti nasihat Lukman kepada anaknya. Bila nasihat Lukman dijadikan contoh, maka nasihat yang baik itu hanya dapat dilakukan oleh orang yang arif dan bijaksana sahaja (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 250 ).

4.2.3 Dialog Dengan Cara Yang Baik

Dialog (jadal) yang diperintahkan Allah SWT kepada kaum muslimin ialah jadal yang baik. Jadal yang baik menurut Quthub, adalah jadal yang tidak mengandungi unsur penganiayaan kerana adanya pemaksaan kehendak (pendapat), juga tidak mengandungi unsur merendah dan melecehkan dialog. Hal ini amat pentung kerana jiwa manusia memiliki kebesaran dan keangkuhanmua sendiri. Seseorang itu tidak akan begitu sahaja melepaskan pendapatnya, kecuali kritik terhadap pendapat itu dilakukan secara halus sehingga yang bersangkutan tidak merasa pendapatnya dipinggirkan.

Oleh itu, seorang da’i, tegas Quthub, harus sentiasa menjaga kebesaran dan keagungan jiwa manusia itu, sehingga lawan dialog merasa dirinya dilindungi dan kehormatannya dijaga serta disanjung tinggi. Dari mula lagi, seorang da’i harus menyedari bahawa tujuan dialog bukanlah perdebatan, melainkan memberi kepuasan kepada lawan dialog dan mencapai kebenaran (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 251 ).

Dalam dialog tersebut, da’i harus mengungkapkan kebenaran dan menjadikan kebenaran sebagai petunjuk di jalan Allah SWT, bukan di jalannya sendiri dengan memenangkan pemikirannya sendiri, serta mengalahkan pemikiran orang lain. Jadi sasaran utama dialog dengan cara yang baik ialah mengungkapakn kebenaran (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 252 ).

4.2.4 Tidakan Pembalasan Yang Setimpal

Menurut pemikiran Quthub, tidakan balasan ini ( dakwah dengan kekuatan )

dapat diambil demi menjaga kemuliaan kebenaran, dan agar kebatilan tidak mengalahkan kebenaran. Namun tindakan balasa ini harus seimbang dan tidak boleh berlebihan dan melampaui batas. Hal ini kerana Islam adalah agama keadailan dan agama yang berusaha mewujudkan keadilan. Sejauh mana batas-batas kewajaran tindakan balasan itu, menurut Quthub, ia diperlukan demi menjaga wibawa dan kehormatan dakwah Islam itu sendiri (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 252 ).

Alasan lain mengenai perlunya dakwa dengan prinsip balasan berimbang ini ialah kerana kaum muslim tidak dapat menerima kekerasan yang sewenang-wenangnya, sebab mereka adalah orang-orang yang menyeru kejalan Allah SWT. Mereka adalah orang-orang yang diberi kepercayaan untuk menegakkan kebenaran di muka bumi dan mewujudkan keadilan di tengah-tengah umat manusia. Mereka juga berkewajipan untuk mengembangkan kepimpinan manusia ke jalan yang benar. Atas dasar pelbagai alasan dan pertimbangan itu, maka menurut Quthub, tidak dapat dibayangkan mereka yang dapat menunaikan semua tugas dan kewajipan itu, manakala mereka diserang atau disakiti sementara mereka diam sahaja, tidak melakukan tindakan pembalasan yang serupa.

Namun, kerana balasan berimbang itu bukan betujun pada dirinya sendiri, maka al-Quran, menurut Quthub, memberikan altenatif lain untuk diambil bila diperlukan, iaitu memberi maaf dan bersabar atas berbagai tindakan yang memusuhi dakwah Islam. Namun, alternatif ini, menurut Quthub berlaku apabila kaum muslim memiliki kemampuan untuk mencegah keburukan dan menolak permusuhan. Tegasnya, alternatif ini dapat diambil dalam suasana dan kondisi di mana maaf dan sabar dianggap lebih efektif dan lebih bermanfaat lagi kepentingan dakwah (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 253 ).

5.0 KARYA- KARYA SAYYID QUTHUB

Sayyid Quthub dikenal sebagai ulama’ yang sangat produktif menulis. Tulisan- tulisannya hampir setiap hari menghiasi surat- surat khabar dan majalah Mesir. Sebagai da’i, Quthub tidak hanya berjuang dengan lidahnya, tetapi juga dengan penanya.

Muhammad Hassan menyebut Quthub sebagai pejuang dan da’i yang sungguh agung, kerana telah berjuang dengan tinta ulama’ dan darah syuhada sekaligus. Quthub menulis di surat khabar, majalah, dan buku. Dalam bentuk buku, karya Quthub tidak kurang dari 25 buah. Tulisan- tulisan Quthub terbahagi dalam tiga bidang, iaitu bidang kritik satera, bidang kisah- kisah dan cerita, dan bidang kajian dan studi Islam. Dalam bidang ini,Quthub melakukan beberapa kajianantara lain, kajian al- Quran (tafsir), pemikiran Islam dan tentang pergerakan Islam (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 83). Berikut dikemukakan secara singkat antara karya penting Sayyid Quthub :

a) Al- ‘Adalah al- Ijtima’iyah fi al- Islam

Buku ini terbit untuk pertama kalinya pada tahun 1949 ketika penulisannya berada di Amerika. Tulisan ini merupakan karyanya yang pertama dalam pemikiran Islam. Quthub mempersembahkan buku ini untuk generasi muda Islam yang berjuang di jalan Allah SWT, dengan nama Allah SWT, dan atas bantuan dan pertolongan Allah SWT.

Buku ini setebal 298 halaman yang terdiri daripada beberapa bahagian. Bahagian pertama, membicarakan agama dan masyarakat, memperbandingkan antara Islam dan Kristian. Bahagian kedua membicarakan dasar atau watak keadilan sosial dalam Islam yang meliputi kebebasan jiwa ( al- taharrur al- wujdani ), persamaan ( al- musawwah ), dan pertanggungan ( jaminan ) sosial ( al- takaful al- ijtima’i ). Bahagian ketiga membicarakan peringkat- peringkat keadilan sosial meliputi prinsip managemen pemerintahan, pengelolaan harta dan kekayaan, serta soal pemilikan.

Dalam buku ini, Quthub mengajak kaum Muslim agar memulai kehidupan baru yang lebih Islami dalam suatu komoniti Islam yang memegang teguh aqidah dan sistem Islam, juga berpegang dan berhukum kepada syari’at Islam. Hal ini dilakukan, kerana Islam baginya bukan hanya ibadah, tetapi sistem Ilahi yang mengatur segi- segi kehidupan manusia dengan undang- undang Allah SWT (Paradigma Dakwah Sayyid Quthub, 2006 : 88 ).

Antara karya- karya lain yang dihasilkan oleh Sayyid Quthub sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan ialah :

4.1 Al- Tashwir al- Fanni fi al-Quran

4.2 Masyshid al- qiyqmqh fi al- Quran

4.3 Al- ‘Adalah al- Ijtima’iyah fi al- Islam

4.4 Al- Mustaqbal li Hadza al- al- Din

4.5 Ma’alim fi al- Thariq

4.6 Fi Zhilal al- Quran

6. PENUTUP

Kesimpulannya, untuk menyampaikan dakwah, ia tidak tertumpu kepada tokoh dakwah atau para da’i sahaja, tetapi tugas menyampaikan dakwah ini adalah tanggungjawab setiap muslim. Oleh itu, dalam melaksanakan tugas ini, para pendakwah di setiap tempat dan waktu dituntut untuk mempelajari dan menimba pengalaman dari da’i Islam yang pertama, iaitu Rasullullah saw., dan da’i- da’i dari generasi terbaik Islam sama ada generasi sahabat, tabi’in, mahupun generasi sesudahnya.

0 comments: