:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Monday, February 25, 2008

HAMIDAH BT ABD GHANI ( A117296 )

METODE AL- MAU'IZAH AL- HASANAH

Pendahuluan

Dakwah kepada Non Muslim harus menjadi kewajipan kepada umat Islam khasnya kepada para pendakwah. Memandangkan ia merupakan usaha untuk menyebarluaskan Islam sebagai rahmatan lil- ‘alamin kepada seluruh umat manusia di dunia ini. Apatah lagi dalam kehidupan bernegara dewasa ini ditambah pula dengan kehidupan pelbagai bangsa dan kepercayaan yang sudah tentu umat Islam sepatutnya menjadi contoh tauladan dalam menerokai kehidupan di atas dunia yang penuh cabaran ini.

Dalam al- Quran surah al- Nahl ayat 125, Allah telah menegaskan pelbagai metodologi dakwah yang patut menjadi panduan dalam menjalankan aktiviti dakwah khasnya kepada Non Muslim. Maksud ayat tersebut ialah: “ Berdakwahlah dengan menyeru kepada jalan Tuhanmu, melalui metode hikmah, mau’izah hasanah dan berbincanglah dengan cara yang baik”.

1. Pengertian Al- Mau’izah Al- Hasanah

Menurut pakar bahasa, nasihat ( al- wa’zh atau mau’izah ) mengandungi erti teguran atau peringatan. Ashfahani dengan mengutip pendapat imam Khalil, menyatakan bahawa nasihat adalah memberikan peringatan dengan kebaikan yang dapat menyentuh hati. Jadi, makna terpenting dari nasihat adalah mengingatkan dan membuat peringatan kepada umat manusia.( Dr. A. Ilyas Ismail, 2006: 249 )

Menurut beberapa komentar ahli bahasa dan pakar tafsir, beberapa pengertian al- mau’izah al- hasanah adalah seperti berikut:

  1. Pelajaran dan nasihat yang baik, berpaling dari hal perbuatan yang jelek melalui tarhib dan targhib (dorongan dan motivasi); penjelasan, keterangan, gaya bahasa, peringatan, petuturan, teladan, pengarahan dan pencegahan dengan cara halus.
  2. Bi al- mau’izah al- hasanah adalah melalui pelajaran, keterangan, pertuturan, peringatan, pengarahan dengan gaya bahasa yang berkesan atau menyentuh hati dan terpahat dalam nurani.
  3. Dengan bahasa dan makna simbol, alamat, tanda, janji, petunjuk dan dalil- dalil yang memuaskan melalui al- qaul al- rafiq (ucapan lembut dengan penuh kasih sayang)
  4. Dengan kelembutan hati menyentuh jiwa dan memperbaiki peningkatan amal.
  5. Melalui suatu nasihat, bimbingan dan arahan untuk kemaslahatan. Dilakukan dengan baik dan penuh tanggungjawab, akrab, komunikatif, mudah difahami dan terkesan di hati mad’u.
  6. Suatu ungkapan dengan penuh kasih sayang yang dapat terpatri di dalam kalbu, penuh kelembutan sehingga terkesan di dalam jiwa.
  7. Dengan tutur kata yang lemah- lembut, bertahap dan sikap kasih sayang- dalam konteks dakwah dapat membuat seseorang merasa dihargai sehingga mendapat respon daripada mad’u.

Berdasarkan pengertian di atas, dakwah melalui al- mau’izah al- hasanah ini jauh dari sikap egois dan emosional. Perinsip- perinsip metod ini diarahkan terhadap mad’u yang pemikiran dan pengalaman mereka tergolong dalam kelompok awam. Dalam hal ini, peranan juru dakwah adalah sebagai pembimbing, teman dekat yang setia, menyayangi dan memberikan segala hal yang bermanfaat serta membahagiakan mad’u.

Cara berdakwah model ini memang labih spesifik ditujukan kepada manusia jenis kedua, iaitu keumuman manusia. Mereka adalah orang- orang yang tidak mencapai taraf kemajuan menusia jenis pertama. Secara umumnya mereka memiliki fitrah terhadap kebenaran tetapi mereka selalu ragu- ragu antara mengikuti kebatilan yang selama ini tumbuh disekeliling mereka atau mengikuti kebenaran yang disampaikan kepada mereka. Menurut Muhammad Husain Yusuf:

“mereka memerlukan pelajaran yang baik ( al- mau’izah al- hasanah ), ucapan yang mengena ( qaul baligh ), serta penjelasan yang berguna berupa targhib untuk mengikuti kebenaran serta ancaman( tarhib ) mengikut kebatilan serta penjelasan atas dosa yang terdapat dalam kebatilan. Begitu pula seterusnya sampai benar- benar jelas kepada mereka jalan yang lurus dan cahaya yang terang, serta dapat menghilangkan keraguan mereka untuk mesuk ke dalam barisan orang- orang mukmin di bawah panji Nabi dan rasul yang paling mulia.”

Dengan demikian, dakwah dengan pendekatan mau’izah hasanah ini perlu memperhatikan faktor- faktor berikut:

  1. Tutur kata yang lembut sehingga akan terkesan di hati.
  2. Menghindari sikap sinis dan kasar.
  3. Tidak menyebut- nyebut kesalahan atau bersikap menghakimi orang yang diajak bicara( mukhathab). ( Dr. Asep Muhiddin, 2002: 165- 167 )

2. Dalil Al- Quran

Perintah untuk melakukan dakwah secara al- mau’izah al- hasanah ini terdapat dalam ayat- ayat al- Quran antaranya:

äí÷Š$# 4n<Î) È@Î6y y7În/u ÏpyJõ3Ïtø:$$Î/ ÏpsàÏãöqyJø9$#ur ÏpuZ|¡ptø:$# ( Oßgø9Ï»y_ur ÓÉL©9$$Î/ }Ïd ß`|¡ômr& 4 Maksudnya:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik” ( Al- Nahl: 125 )

ÆèdqÝàÏèsù £`èdrãàf÷d$#ur Îû ÆìÅ_$ŸÒyJø9$# £`èdqç/ÎŽôÑ$#ur ( ÷bÎ*sù öNà6uZ÷èsÛr& Ÿxsù (#qäóö7s? £`ÍköŽn=tã ¸xÎ6y 3 ¨bÎ) ©!$# šc%x. $wŠÎ=tã #ZŽÎ6Ÿ2 ÇÌÍÈ

Maksudnya:

Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar. ( Al- Nisak: 34 )

3. Pelaksanaan Al- Mau’izah Al- Hasanah

Dalam konteks zaman kini, sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Sheykh Ibrahim Dasuki, peranan nasihat, pengajaran dan peringatan yang baik adalah sangat penting kerana manusia semakin jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Jika zaman Nabi s.a.w adalah sebaik- baik kurun atau generasi berikutnya merupakan zaman yang diiktiraf sebagai zaman al- salaf al- soleh, maka umat Islam kini yang berada pada kurun ke-15 ini sudah tentu berada pada suatu tahap penghayatan Islam yang sangat longgar sehinggakan Islam hanya tinggal nama sahaja, sementara al- Quran pula hanya dijadikan perhiasan semata- mata.

Dalam pelaksanaan metode dakwah al- mau’izah al- hasanah, da’i perlu mengambil kira perkara- perkara berikut:

1. Mengandungi tutur kata yang baik, perkataan yang berfaedah dan nasihat yang berguna. Perkataan yang kesat terhadap mad’u perlu dijauhi.

2. Mengandungi isi kandungan yang sesuai seperti cerita, pepatah dan kata- kata hikmah dari al- Quran al- Karim dan Hadith Nabi.

3. Mengandungi gaya bahasa yang berlapik apabila perlu untuk menjaga perasaan mad’u.

4. Disampaikan dalam nada suara yang lemah-lembut.

5. Penggunaan ganti nama yang sesuai supaya mad’u tidak terasa bahawa nasihat itu seolah- olah ditujukan hanya kepadanya semata- mata.

6. Mengandungi kata- kata yang mengambarkan faedah sesuatu amal atau keburukan sesuatu perkara agar mudah difahami maksud di sebalik sesuatu nasihat sama ada berbentuk suruhan atau larangan.( Sulaiman Ibrahim et all, 2001: 248- 249 )

4. Kelebihan Metode Al- Mau’izah Al- Hasanah

Metode al- mau’izah al- hasanah ini mempunyai kepentingan dan kelebihan yang tersendiri.

1. Penggunaan metode ini merupakan suruhan yang jelas daripada Allah SWT dalam ayatnya:

7Í´¯»s9'ré& šúïÉ©9$# ãNn=÷ètƒ ª!$# $tB Îû óOÎhÎ/qè=è% óÚ̍ôãr'sù öNåk÷]tã öNßgôàÏãur @è%ur öNçl°; þ_Îû öNÎhÅ¡àÿRr& Kwöqs% $ZóŠÎ=t/ ÇÏÌÈ

Maksudnya:

“Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka”( Al- Nisak:63 )

øŒÎ)ur $tRõs{r& t,»sVÏB ûÓÍ_t/ Ÿ@ƒÏäÂuŽó Î) Ÿw tbrßç7÷ès? žwÎ) ©!$# Èûøït$Î!ºuqø9$$Î/ur $ZR$|¡ômÎ) ÏŒur 4n1öà)ø9$# 4yJ»tGuŠø9$#ur ÈûüÅ6»|¡uKø9$#ur (#qä9qè%ur Ĩ$¨Y=Ï9 $YZó¡ãm (#qßJŠÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# (#qè?#uäur no4qŸ2¨9$# §NèO óOçFøŠ©9uqs? žwÎ) WxŠÎ=s% öNà6ZÏiB OçFRr&ur šcqàÊ̍÷èB ÇÑÌÈ

Maksudnya:

“Dan (ingatlah), ketika kami mengambil janji dari Bani Israil iaitu janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling”.( Al- Baqarah: 83 )

2. Nabi Muhammad s.a.w menjadikan nasihat sebagai asas agama. Nasihat di sini membawa maksud yang sama dengan al- mau’izah al- hasanah.

(الدين النصيحة)

3. Metode ini juga merupakan metode yang digunapakai oleh para nabi yang lain.

öNà6äóÏk=t/é& ÏM»n=»yÍ În1u O$tRr&ur ö/ä3s9 îw¾¾$tRîûüÏBr& ÇÏÑÈ

Maksudnya:

“Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhanku kepadamu dan Aku hanyalah pemberi nasehat yang terpercaya bagimu”. ( Al- ‘A’raaf: 68 )

5. Keistimewaan Metode Al- Mau’izah Al- Hasanah

Bagi metode al- mau’izah al- hasanah ini, ia mempunyai keistimewaan yang banyak. Diantaranya ialah:

  1. Al- mau’izah al- hasanah adalah metode yang lembut dan sesuai pada semua keadaan.
  2. Mempunyai bentuk yang pelbagai.
  3. Kesannya sangat besar dalam jiwa mad’u. Antara kesan tersebut seperti mudah diterima oleh mad’u, dapat menanam kasih sayang dalam jiwa madu’ dan seterusnya dapat menyekat kemungkaran dari terus berlaku.( Zulkifli Aini: 261 )

Penutup

Metode al- mau’izah al- hasanah ini banyak digunapakai oleh para pendakwah ketika berdakwah. Penggunaannya dengan memberikan nasihat dalam keadaan yang lembut dapat memberi kesan yang mendalam pada jiwa mad’u. Di samping itu juga nasihat dalam keadaan yang lembut dapat menarik mad’u untuk mendekati Islam kerana tertarik dengan kelembutan yang ada pada para pendakwah dan Islam itu sendiri. Kesimpulannya, metode ini sangat sesuai digunakan ketika berdakwah memandangkan ianya merupakan satu metode yang diperintahkan oleh Allah SWT ketika berdakwah dan ia juga mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri.

Bibliografi

Al- Quran Al- Karim

Syamsul Bahri Andi Galigo, 2006.Anjakan Paradigma Dakwah Dalam Menghadapi Pelampau Agama. Negeri Sembilan: Kolej Universiti Islam Malaysia.

Dr. H. Asep Muhiddin, 2002.Dakwah Dalam Perspektif Al- Quran. Bandung: Pustaka Setia.

Dr. A. Ilyas Ismail, 2006.Paradigma Dakwah Sayyid Quthub. Jakarta: Peramadani.

Sulaiman Ibrahim, 2001. Metodologi Dakwah.Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh UKM.

Zulkifli Aini, 2003. Al- Madkhal fi Ilm Al- Dakwah. Kolej Universiti Islam Selangor.

0 comments: