:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Wednesday, February 20, 2008

Mohd Feradus bin Mohd Saad. ( A 119091 )

Dalam era globalisasi masa kini, masyarakat islam perlu mempunyai kesedaran diri yang tinggi supaya tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan dan jalan yang salah disisi agama. justeru, pelbagai pendekatan perlu diambil supaya umat islam tidak terpesong daripada landasan kebenaran. kebanyakan masyarakat hanya menuding jari kepada institusi dakwah semata - mata tanpa mereka sedari bahawa hakikat sebenar tugas berdakwah ini terpikul diatas bahu setiap orang yang bergelar muslim. hanya yang membezakannya adalah tahap penguasaan ilmu yang ada pada diri masing - masing.
sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi, kegiatan dakwah islam telah berkembang dan tidak mustahil dikatakan dakwah telah bermula sejak zaman nabi - nabi terdahulu lagi kerana mereka juga menyebarkan agama Allah s.w.t. Bertitik tolak daripada perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat telah berjaya mengembangkan agama islam ke seluruh pelosok dunia. Baginda bijak mengatur strategi disamping bantuan daripada Allah s.w.t dalam menyebarka islam.
Selepas kewafatan Baginda s.a.w, gerakan dakwah disambung pula oleh para sahabat yang sanggup berjihad semata -mata dijalan Allah s.w.t dan seterusnya para tabi'en dan tabi'i tabi'en sehinggalah sekarang usaha dakwah masih berjalan supaya agama islam dapat terus kukuh di bumi Allah s.w.t ini. Namun fenomena pada masa kini yang sudah ditinggal jauh oleh zaman Rasulullah s.a.w menyebabkan para ulamak risau dengan pelbagai gejala yang berlaku ekoran daripada nilai - nilai dan pengamalan islam yang semakin dipandang remeh oleh segelintir umat - umat terkemudian ini. bahkan banyak isu - isu yang berkaitan agama di perkotak - katikkan oleh sesetengah golongan yang jahil tentang agama islam.
Justeru, institusi dakwah islam haruslah diperkembang serta diperkukuhkan lagi supaya wabak - wabak kerosakan akidah, kejatuhan iman dan keruntuhan moral dapat di banteras setegas - tegasnya melalui dakwah - dakwah yang lebih berkesan dan terkesan kepada golongan masyarakat sekarang. kita sebagai mahasiswa fakulti pengajian islam juga perlulah memainkan peranan supaya dakwah islam semakin mantap dan dapat dipegang oleh masyarakat malaysia umumnya dan masyarakat islam khasnya. tidak dapat disangkal bahawa ketetapan yang terdapat didalam ajaran islam merupakan satu jalan yang terbaik untuk seluruh umat manusia serta mendapat jaminan dan keredhaan daripada Allah s.w.t. Renung - renungkanlah......

0 comments: