:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Sunday, March 2, 2008

definisi non-Muslim (A120789)

Perkataan non-Muslim merupakan satu istilah yang paling popular di kalangan para pendakwah di Malaysia pada masa kini demi menjaga maruah mereka. Ini penting kerana pada anggapan mereka, penggunaan perkataan kafir menggambarkan mereka adalah orang yang melakukan kemungkaran di bumi ini sedangkan mereka juga menyumbangkan bakti ke arah kebaikan dan kemajuan masyarakat, negara dan bumi ini. Sebenarnya mereka tidak memahami maksud perkataan kafir itu sendiri yang ditujukan khusus kepada mereka yang mengingkari perintah Allah dan menolak Islam sebagai agama mereka.

Walau bagaimanapun, perbicaraan terhadap pengertian non-Muslim iaitu orang-orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam juga meliputi beberapa istilah lain yang diterima pakai bagi mereka yang tidak menerima Islam antaranya perkataan al-Kufr, al-Juhud dan al-Syirik. Maksud ini menggambarkan bahawa terdapat pelbagai cara yang menggolong seseorang itu kepada non-Muslim disebabkan keingkaran terhadap perintah Allah. Di dalam banyak penulisan, non-Muslim dimaksudkan sebagai kafir.
Oleh sebab itu, non-Muslim atau kafir menurut syarak ialah suatu sifat bagi seseorang yang ingkar kepada sesuatu hukum yang telah ditetapkan dan difardhukan oleh Allah S.W.T. supaya diimani dan dipercayai, iaitu sesuatu yang dikemukakan melalui bukti dan disampaikan hakikat kebenarannya

Di mana peranan kita..???

REALITI MASA KINI…

Assalamualaikum, sahabat dan sahabiah sekalian, kita merupakan tonggak kepada masyarakat dan negara. Apabila generasi kita rosak, maka rosaklah masyarakat dan negara. Oleh itu kita dapat lihat melalui suasana sekeliling bahawa musuh-musuh islam sentiasa menumpukan perhatian dan serangan mereka terhadap golongan peringkat kita.

Semenjak kita berada di pusat asuhan kanak-kanak sehingga menjejakkan kaki ke menara gading, kita sentiasa disuntik dengan racun-racun yang berbisa oleh musuh-musuh allah dari dalam dan luar negara. Kita sentiasa didedahkan dengan perlakuan barat dan kita digalakkan supaya bergerak bersama arus kebaratan negetif yang telah merosakan akidah dan akhlak umat Islam. kita sentiasa disuapkan dengan dasar-dasar pelajaran, ideologi-ideologi dan juga kemajuan yang dinikmati oleh barat.

Tidak hairanlah wahai mahasisiwa dan mahasiswi, jika kita lihat sebahagian besar daripada lapisan para pemuda dan pemudi terjunam ke lembah kerosakan dan ketandusan akhlak yang mulia, selain dari kekontangan akidah Islam yang menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. Mereka lari daripada cara hidup islam “the way of life”. Bahkan yang paling menyedihkan lagi, mereka mengeji dan memperolok-olokan cara hidup islam dan orang yang beramal dengannya…..


APA PERANAN KITA…???

Kita tidak perlulah menyalahkan mereka seratus-peratus. Ini adalah kerana kadang-kadang mereka yang rosak itu disebabkan ketiadaan orang yang membimbing mereka ke jalan islam yang sebenar. Mereka hanya mengenali islam ketika di bilik-bilik darjah semasa di alam persekolahan. Malahan bagi mereka, subjek ini hanya sekadar untuk mendapat sijil persekolahan. Oleh itu, keatas kita mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai sedikit ilmu keagamaan untuk membimbing mereka. Gunalah segala metod dakwah yang kita pelajari secara teori menjadi pratikal. Sabda rasulullah s.a.w di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

“tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia di Tanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskan, masa mudanya pada apa yang telah di penuhkannya, harta dari mana dia mendapatkannya dan kemana ia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya”

Tanggungjawab Berdakwah Terhadap Non-Muslim

Tugas berdakwah adalah menyeru manusia supaya mengamalkan amalan-amalan baik yang dibawa oleh Islam dengan menyuruh berbuat kebaikan dan melarang melakukan kejahatan. Tugas ini merupakan tanggungjawab umat Islam sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Fussilat : 33 yang bermaksud:"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsa dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Tanggungjawab ini dapat dibahagikan kepada dua kefardhuan sama ada ianya fardhu ‘ain atau fardhu kifayah. Ia menjadi fardhu ‘ain ke atas setiap umat Islam yang berkemampuan dan berkeupayaan melaksanakan dakwah. Ia juga menjadi fardhu kifayah apabila kewajipan itu tertanggung ke atas orang-orang yang mempunyai syarat keahlian dalam bidang keagamaan dan berupaya melakukan dakwah. Tanggungjawab dakwah kepada non-Muslim ini boleh dilakukan sama ada melalui badan dakwah formal, sukarela atau secara gabungan. Dakwah ini akan menjadi lebih mantap apabila dilaksanakan dengan cara berkumpulan dan sokongan padu oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang ideologi atau fahaman. Tanggungjawab kepada masyarakat bukan Islam tidak boleh diabaikan kerana mereka adalah saudara seinsan yang memerlukan bimbingan dan pendedahan tentang kebenaran Islam .

From: A120693

TAZKIRAH... (cahayamataku)

“jadiLAH bak pokok kelapa, setiap bahagian bermanfaat buat semua, batangnya boleh dibuat jambatan, lidinya boleh dibuat penyapu,buahnya memberi kelazatan, airnya penawar dan penghilang dahaga, santannya pelengkap masakan, sabutnya dibuat berus, tempurungnya menemani keriangan kanak-kanak bermain tapak gajah, selain itu pokok kelapa merupakan tazkirah terbaik buat KITA, apabila melihat pokok kelapa, hati terasa sebak dan insaf. Buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua, hal ini mengingatkan bahawa kematian terlalu hampir dengan kita. Bila-bila masa sahaja di mana jua, tua atau muda Allah berhak menjemput kita”.

Saturday, March 1, 2008

Santapan Minda



Luqman Hakeem (A 120758)

"Sekali kaki melangkah di jalan Allah jangan lagi berundur...biar masa berganti,.. tetapi aqidah jangan mati...biar zaman berubah, tetapi keyakinan pada Allah jangan sesekali goyah"

"Bila hati diserah kepada Allah , tiada rasa resah tiada rasa gelisah, bila apa yang diburu hanya lah demi mardhotillah, hilang rasa gundah hidup rasa indah...jadikan Allah sebagai pergantungan setiap saat, agar Dia sentiasa melindungi kita"

Tanggungjawab Berdakwah


LUQMAN HAKEEM (A 120758)

Sesungguhnya ibadat berdakwah itu merupakan tanggungjawab setiap manusia yang berpegang dengan kalimah la ila ha illa allah, dan siapa yang mengucap kalimah agong tersebut maka mereka adalah bersaudara iaitu terdapat ukhwah islamiyyah di dalam diri masing-masing, oleh itu tanggungjawab untuk mengislamkan seluruh umat manusia terletak diatas bahu-bahu orang islam yang baligh dan berakal, kewajipan ini tidak terkecuali samada dari golongan ulama atau golongan awam, walaubagaimanapun ketentuan untuk membuat huraian tentang isi dakwah, segala hukum-hukum yang berkaitan dengannya adalah terletak kepada para ulama memandangkan keluasan ilmu mereka. Firman Allah:
"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang munkar dan merekalah orang-orang yang beruntung" (al-Imran : 104)

Berkhidmat kerana ALLAH Untuk Negara.....salam ukhwah..

cahayamataku (A120811)

"tarbiyah ALLAH utk hambaNya dtg x diduga, dlm yg x disangka, yg pasti ianya membawa bahagia bg hambaNya yg bersabar & redha dgn ketentuanNya"....