:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Sunday, March 2, 2008

Tanggungjawab Berdakwah Terhadap Non-Muslim

Tugas berdakwah adalah menyeru manusia supaya mengamalkan amalan-amalan baik yang dibawa oleh Islam dengan menyuruh berbuat kebaikan dan melarang melakukan kejahatan. Tugas ini merupakan tanggungjawab umat Islam sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Fussilat : 33 yang bermaksud:"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsa dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

Tanggungjawab ini dapat dibahagikan kepada dua kefardhuan sama ada ianya fardhu ‘ain atau fardhu kifayah. Ia menjadi fardhu ‘ain ke atas setiap umat Islam yang berkemampuan dan berkeupayaan melaksanakan dakwah. Ia juga menjadi fardhu kifayah apabila kewajipan itu tertanggung ke atas orang-orang yang mempunyai syarat keahlian dalam bidang keagamaan dan berupaya melakukan dakwah. Tanggungjawab dakwah kepada non-Muslim ini boleh dilakukan sama ada melalui badan dakwah formal, sukarela atau secara gabungan. Dakwah ini akan menjadi lebih mantap apabila dilaksanakan dengan cara berkumpulan dan sokongan padu oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang ideologi atau fahaman. Tanggungjawab kepada masyarakat bukan Islam tidak boleh diabaikan kerana mereka adalah saudara seinsan yang memerlukan bimbingan dan pendedahan tentang kebenaran Islam .

From: A120693

0 comments: