Status Ahl al-Dzimmah
Kaum minoriti non-Muslim yang menetap atau bernaung di negara Islam dinamakan Ahl al-Dzimmah. Mereka mendapat status dan hak yang sama dengan kaum Muslimin. Di dalam perkara yang berkaitan daengan undang-undang kekeluargaan (al-Ahwal al-Syakhsiah), mereka bebas memilih sama ada ke mahkamah syariah untuk mendapat keadilan mengikut syariat Islam di bawah pengendalian hakim Muslim atau mendapat keadilan mengikut peraturan dan kepercayaan agama mereka. Hakim Muslim bagaimanapun berhak menolak atau menarik diri dari mengendalikan kes tersebut, sekiranya didapati boleh mengakibatkan kemudharatan kepada salah satu pihak yang bermusuh itu atau boleh menjejaskan kemaslahatan awam. Sebaliknya, jika hakim Muslim bersetuju mengendalikan kes tersebut maka al-Quran mengingatkan supaya hakim Muslim berlaku adil di antara mereka. Firman Allah SWT dalam surah : 42:
•
Maksud: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya). oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.
Dr Ahmad Ibrahim Mahna menyatakan bahawa inilah keistimewaan yang tidak mungkin didapati pada negara lain di dunia ini. Islam telah memberi hak, jaminan keselamatan, menjaga kebajikan dan memberi layanan baik kepada kaum minoriti non-Muslim yang tinggal di negara Islam dikenali dengan nama Ahl al-Dhimmah.
Hak-hak Ahl al-Dzimmah
Sebagaimana kaum Muslimin mendapat hak di dalam negara Islam, golongan non-Muslim juga tidak terkecuali dari mendapat hak-haknya di negara Islam, antaranya:
i. Hak mendapat perlindungan
Orang-orang non-Muslim perlu diberi perlindungan sama seperti orang Muslim. Seperti kisah yang dihadapi oleh Imam Ibnu Taimiyah ketika beliau meminta kepada Komandan pasukan Tartar iaitu Qatlusyah agar membebaskan semua tawanan perang termasuk Muslim dan non-Muslim tetapi beliau tidak menyerahkankan tawanan perang non-Muslim. Ibnu Taimiyah tidak mahu menerima perjanjian ini melainkan diserahkan juga tawanan perang non-Muslim kerana mereka juga perlu dibebaskan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menzalimi kafir Mu’ahad, mengurangi haknya, membebaninya di luar kesanggupannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa kerelaannya. Maka, Akulah yang menjadi seterunya pada hari Kiamat”.
ii. Melindungi darah dan badan mereka
Hak perlindungan yang ditetapkan untuk non-Muslim meliputi perlindungan terhadap darah, jiwa dan badan mereka. Tidak boleh menyakiti badan mereka. Seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang membunuh kafir Mu’ahad, ia tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya aroma syurga itu tercium dari jarak empat puluh tahun”.
iii. Melindungi harta mereka dan menjaga kehormatan mereka
Sama seperti melindungi jiwa dan raga mereka, umat Islam juga perlu melindungi harta-harta mereka. Sesiapa yang mencuri harta mereka akan dikenakan hukuman. Begitu juga jika merosakkan harta mereka, perlu diganti. Umat Islam juga tidak boleh menghina kehormatan mereka kerana mereka juga mempunyai hak seperti orang Islam juga. Umat Islam wajib menahan supaya tidak menyakiti mereka sama seperti kaum Muslimin. Al-‘Allamah Ibn Abidin menyebut hak itu dengan perkataannya: “Sesungguhnya dengan terjadinya akad Dzimmah, maka wajib baginya memperolehi apa yang kita perolehi. Sebagaimana Islam menjaga kehormatan umatnya, begitu juga umat Islam perlu menjaga kehormatan kaum non-Muslim (Ahl al-Dzimmah).
iv. Memberi jaminan sosial ketika dalam keadaan lemah
Khalid al-Walid bersepakat dengan penduduk al-Hairah di Iraq (yang beragama Nasrani), beliau mengatakan: “Aku telah menentukan untuk mereka, bahawa sesiapa yang telah lanjut usia dan tidak mampu bekerja, ditimpa cacat, seorang kaya yang jatuh miskin dihapuskan jizyah ke atas mereka dan ia akan mendapat tanggungan hidup dari Baitul Mal kaum Muslimin untuk dia dan keluarganya”. Perkara demikian itu terjadi ketika pemerintahan Abu Bakar. Jaminan sosial itu diberikan oleh negara Islam baik kepada Muslim mahupun non-Muslim secara sama dan adil.
v. Kebebasan beragama
Islam juga melindungi hak kebebasan bagi ahli Dzimmah seperti kebebasan dalam beribadah. Allah S.W.T.berfirman, maksudnya: “Tiada paksaan dalam memeluk agama”. Islam telah melindungi tempat ibadah bagi non-Muslim. Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Hajj: 40:
••
Maksud: Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Nabi Muhammad s.a.w telah mengadakan perjanjian dengan penduduk Najran, bahawa mereka menjadi tetangga Allah dan berada dalam perlindungan Rasulullah s.a.w ke atas harta dan agama mahupun biara-biara mereka.
vi. Kebebasan bekerja
Diberikan kebebasan bagi non-Muslim untuk bekerja. Mereka juga boleh memperolehi hak yang seperti kaum Muslimin. Adam Metz mengatakan tidak terdapat dalam perundangan Islam suatu teks yang menghalang ahli Dzimmah untuk menceburu sesuatu bidang pekerjaan. Mereka pernah memiliki kedudukan yang kuat dalam bidang industri yang banyak mendatangkan keuntungan sehingga ada yang bekerja sebagai akauntan, pedagang, tuan tanah, doktor dan sebagainya.
Ahli Dzimmah juga diberikan hak untuk menjawat jawatan di dalam negara seperti juga kaum Muslimin kecuali jabatan-jabatan yang mengutamakan corak keagamaan seperti menjadi pemimpin, komandan tentera dan hakim pengadilan bagi kaum Muslimin. Bahkan sebahagian fuqaha’ seperti al-Mawardi mengatakan bahawa tidak menjadi masalah bagi non-Muslim untuk memegang jawatan dalam jabatan menteri.
:::HADITH BUAT PANDUAN:::
Monday, March 3, 2008
Tanggungjawab Terhadap Ahli Dzimmah (A120693)
Posted by Metodologi Dakwah at 7:15 PM 0 comments
DOA PAGI (LUQMAN AL-JAWA)
SEMOGA NEGARA KITA SENTIASA AMAN DARIPADA SEBARANG BENTUK JAJAHAN SAMADA MELALUI JAJAHAN PAPARANGAN MAHUPUN JAJAHAN PEMIKIRAN...........
AMINN.......
Posted by Metodologi Dakwah at 6:17 PM 0 comments
KULIAH MAGHRIB (LUQMAN AL-JAWA)
KEISTIMEWAAN DAKWAH ISLAMIAH
1) UNIVERSAL
Ianya adalah untuk seluruh umat manusia tidak mengira pangkat ,darjat keturunan mahu pun warna kulit..kerana islam adalah agama persaudaraan, agama kesejahteraan, dan keamanan, bagi ALLAH semua hmbanya adalah sama taraf dan amalanlah yang membezakan mereka. Selain itu islam adalah untuk sepanjang waktu dan semua tempat tidak kira dimana jua, dakwah islamiah adalah menyeluruh dan memang mustahillah jika seseorang mengatakan mereka tidak tahu akan islam.dalilnya ALLAH berfirman:
"Dan tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk manusia"
(surah saba' :28)
dan dalilnya lagi, ALLAH berfirman:
"katakanlah wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah rasul kepada kamu semua"
(surah al-A'raf: 158)
2) Sempurna@syumul
sesungguhnya dakwah islamiyyah merupakan satu bentuk kehidupan yang lengkap, ianya merangkumi politik, sosial, ekonomi, perundangan dan kebudayaan.
Keseimbangan antara roh dan jasad menunjukkan adanya kesempurnaan dan memerlukan didikan rohani dan jasmani.
Perlu ada nilai agama dan fizikal (akademik) dan adanya unsur dunia dan akhirat.
Dalil ALLAH berfirman:
"Hai orang2 yang beriman, masuklah masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(surah al-Baqarah: 208)
Dakwah Islamiah yang berbentuk khatimah (penutup/terakhir)
Antara isi yang menunjukkan islam agama terakhir ialah:
-Tiada Nabi slps Nabi Muhammad saw.
-Dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Maidah: 3 yang bermaksud:
"Pada hari ini aku telah sempurnakan agama terhadap kamu"
SEsungguhnya islam adalah agama yang mencakupi segala aspak kehidupan manusia, dan bersesuaian dengan tabie dan fitrah manusia, kerana matlamatnya adalah untuk kebahagiaan manusia di dunia mahupun diakhirat...
Semoga apa yang kita pelajari pada hari ini dapatlah kiranya kita sampaikan pada yang lain... kita akhiri kuliah kita dengan bacaan tasbih kifarrah dan surah al-Asr...(BACA TAU JGN TAK BACA)
SEKIAN Wassalam
Posted by Metodologi Dakwah at 3:08 AM 0 comments
Sunday, March 2, 2008
definisi non-Muslim (A120789)
Perkataan non-Muslim merupakan satu istilah yang paling popular di kalangan para pendakwah di Malaysia pada masa kini demi menjaga maruah mereka. Ini penting kerana pada anggapan mereka, penggunaan perkataan kafir menggambarkan mereka adalah orang yang melakukan kemungkaran di bumi ini sedangkan mereka juga menyumbangkan bakti ke arah kebaikan dan kemajuan masyarakat, negara dan bumi ini. Sebenarnya mereka tidak memahami maksud perkataan kafir itu sendiri yang ditujukan khusus kepada mereka yang mengingkari perintah Allah dan menolak Islam sebagai agama mereka.
Walau bagaimanapun, perbicaraan terhadap pengertian non-Muslim iaitu orang-orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam juga meliputi beberapa istilah lain yang diterima pakai bagi mereka yang tidak menerima Islam antaranya perkataan al-Kufr, al-Juhud dan al-Syirik. Maksud ini menggambarkan bahawa terdapat pelbagai cara yang menggolong seseorang itu kepada non-Muslim disebabkan keingkaran terhadap perintah Allah. Di dalam banyak penulisan, non-Muslim dimaksudkan sebagai kafir.
Oleh sebab itu, non-Muslim atau kafir menurut syarak ialah suatu sifat bagi seseorang yang ingkar kepada sesuatu hukum yang telah ditetapkan dan difardhukan oleh Allah S.W.T. supaya diimani dan dipercayai, iaitu sesuatu yang dikemukakan melalui bukti dan disampaikan hakikat kebenarannya
Posted by Metodologi Dakwah at 7:52 PM 0 comments
Di mana peranan kita..???
REALITI MASA KINI…
Assalamualaikum, sahabat dan sahabiah sekalian, kita merupakan tonggak kepada masyarakat dan negara. Apabila generasi kita rosak, maka rosaklah masyarakat dan negara. Oleh itu kita dapat lihat melalui suasana sekeliling bahawa musuh-musuh islam sentiasa menumpukan perhatian dan serangan mereka terhadap golongan peringkat kita.
Semenjak kita berada di pusat asuhan kanak-kanak sehingga menjejakkan kaki ke menara gading, kita sentiasa disuntik dengan racun-racun yang berbisa oleh musuh-musuh allah dari dalam dan luar negara. Kita sentiasa didedahkan dengan perlakuan barat dan kita digalakkan supaya bergerak bersama arus kebaratan negetif yang telah merosakan akidah dan akhlak umat Islam. kita sentiasa disuapkan dengan dasar-dasar pelajaran, ideologi-ideologi dan juga kemajuan yang dinikmati oleh barat.
Tidak hairanlah wahai mahasisiwa dan mahasiswi, jika kita lihat sebahagian besar daripada lapisan para pemuda dan pemudi terjunam ke lembah kerosakan dan ketandusan akhlak yang mulia, selain dari kekontangan akidah Islam yang menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. Mereka lari daripada cara hidup islam “the way of life”. Bahkan yang paling menyedihkan lagi, mereka mengeji dan memperolok-olokan cara hidup islam dan orang yang beramal dengannya…..
APA PERANAN KITA…???
Kita tidak perlulah menyalahkan mereka seratus-peratus. Ini adalah kerana kadang-kadang mereka yang rosak itu disebabkan ketiadaan orang yang membimbing mereka ke jalan islam yang sebenar. Mereka hanya mengenali islam ketika di bilik-bilik darjah semasa di alam persekolahan. Malahan bagi mereka, subjek ini hanya sekadar untuk mendapat sijil persekolahan. Oleh itu, keatas kita mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai sedikit ilmu keagamaan untuk membimbing mereka. Gunalah segala metod dakwah yang kita pelajari secara teori menjadi pratikal. Sabda rasulullah s.a.w di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:
“tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia di Tanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskan, masa mudanya pada apa yang telah di penuhkannya, harta dari mana dia mendapatkannya dan kemana ia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya”
Posted by Metodologi Dakwah at 7:32 PM 0 comments
Labels: khuzaifah
Tanggungjawab Berdakwah Terhadap Non-Muslim
Tugas berdakwah adalah menyeru manusia supaya mengamalkan amalan-amalan baik yang dibawa oleh Islam dengan menyuruh berbuat kebaikan dan melarang melakukan kejahatan. Tugas ini merupakan tanggungjawab umat Islam sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Fussilat : 33 yang bermaksud:"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsa dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Tanggungjawab ini dapat dibahagikan kepada dua kefardhuan sama ada ianya fardhu ‘ain atau fardhu kifayah. Ia menjadi fardhu ‘ain ke atas setiap umat Islam yang berkemampuan dan berkeupayaan melaksanakan dakwah. Ia juga menjadi fardhu kifayah apabila kewajipan itu tertanggung ke atas orang-orang yang mempunyai syarat keahlian dalam bidang keagamaan dan berupaya melakukan dakwah. Tanggungjawab dakwah kepada non-Muslim ini boleh dilakukan sama ada melalui badan dakwah formal, sukarela atau secara gabungan. Dakwah ini akan menjadi lebih mantap apabila dilaksanakan dengan cara berkumpulan dan sokongan padu oleh semua anggota masyarakat tanpa mengira latar belakang ideologi atau fahaman. Tanggungjawab kepada masyarakat bukan Islam tidak boleh diabaikan kerana mereka adalah saudara seinsan yang memerlukan bimbingan dan pendedahan tentang kebenaran Islam .
From: A120693
Posted by Metodologi Dakwah at 2:55 PM 0 comments
TAZKIRAH... (cahayamataku)
Posted by Metodologi Dakwah at 9:05 AM 0 comments

