:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Friday, February 29, 2008

abu khuzaifah

DEFINASI AL-HIKMAH
Syeikh al-Qahthani telah menyimpulkan al-hikmah dengan katanya: setelah merenung dan menkaji, kita dapati bahawa takrif yang syumul yang mengabungkan dan mencantumkan pelbagai pandangan dalam mendefinasikan al-hikmah ialah “Membetuli atau menepati dalam perkataan dan perbuatan, dan perbuatan dan meletakkan setiap sesuatu pada tempatnya.[1]

Asas-Asas al-hikmat
Definasi bahasa dan istilah mempunyai hubungkait yang rapat, dimana kedua-dua aspek definasi tersebut menjadikan ilmu yang berguna, amal soleh yang dilakukan dengan “al-ihkam” dan “al-itqan’ (perihal melakukan sesuatu dengan tekun, cemerlang dan berkualiti) sebagai asas daripada asas-asas hikmah. Justeru al-hikmah terdiri atas asas ilmu pengetahuan,kebetulan (kesahihan), al-man (المنع) dan amal baik[2]

PELAKSANAAN AL-HIKMAH
Hikmah itu dilakukan dalam pelbagai bentuk dan gaya. Ada dengan cara lembut dan ada dengan cara kekerasan. Ali al-Murshid menjelaskan bahawa hikmah tidaklah selamanya mengandungi pengertian lembut, rahmah, kasih sayang biasa, perkataan yang dianggap baik dan tenang. Ia juga bererti lembut dan kuat, kasih saying dan perang. Memiliki pelbagai kekuatan yang boleh mempengaruhi sasaran juga termasuk ke dalam hikmah.
Namun hikmah itu bermula dengan lembut, kerana lembut lebih selesa, lebih damai dan lebih membawa ketenangan. Arahan allah kepada nabi Musa dan Harun supaya berdakwah kepada Firaun yang keras dan zalim dengan cara lembut seperti mana yang terdapat dalam surah al-Taha[3]


BEBERAPA ASPEK HIKMAH DALAM DAKWAH
Hikmah dalam ertikata dan pengertian yang luas boleh ditinjau dari beberapa segi dalam dakwah islamiah.aspek-aspek tersebut sangat wajar ditinjau dari sudut hikmah kerana terdapat kewajaran yang menjustifikasikan tindakan-tindakan tersebut. Walaupun aspek hikmah di situ masih dalam lingkungan hikmah yang masih boleh diperakuan. Aspek-aspek tersebut antaranya ialah :

· Hikmah dalam konteks penentuan marhalah dakwah dan matlamat-matlamat marhaliyyah dakwah[4]
Peringkat dakwah selalu dibahagikan kepada tiga peringkatatau marhalah iaitu peringkat pemgenalan pembentukan dan pelaksanaan.

· Hikmah dalam konteks pelaksanaan islam
Pelaksanaan islam sebagai satu sistem hidup “the way of life” adalah suatu matlamat agung dakwah islamiah, namun persoalannya ialah bagaimana mungkin pelaksanaan islam secara syumul adalah tuntutan syarak yang tidak dapat diragukan lagi,namun masalah-masalah yang akan timbul juga banyak. Justeru, hikmah dalam melaksanakan sistem hidup islam amat penting untuk diletakkan sebagai sebahagian daripada agenda pendakwah harakah islamiah dan jamaah islamiah seluruhnya.

· Hikmat dalam konteks awlawiyyat al-amal al-islami
Dalam konteks gerakan islam kefahaman tentang fiqh al-awlawiyyah mempunyai peranan yang amat besar dalam menentukan proses penyebaran islam. Rasullah s.a.w pada permulaaan dakwahnya lebih mementingkan pembinaan ilmu dan kekuatan akidah di kalangan para sahabat tanpa tergesa-gesa hendak menhancurkan berhala disekeliling kaabah pada ketika itu. Usaha-usaha kearah pendaulatan islam di Malaysia seharusnya dilihat secara menyeluruh dan mengikut keutamaan. Perkara ini harus dipandang secara menyeluruh dan mengikut keutamaan.[5]

Kompenan agama

· Hikmah dalam konteks al-amal al-siyasi dan pembentukan Negara islam
Dalam rangka meninjau hikmah dalam aspek al-amal al-siyasi kita harus meninjau sudut-sudut ini dan menumpukan perhatian yang serius dalam memantapkannya antaranya ialah pertama asas-asas dan matlamat politik islam serta Iltizam dan prinsip besar tanpa mempedulikan perkara remeh temeh.ketiga mempamerkan kecintaan kepada islam dan bukan mencari musuh dengan mana-mana pihak, walaupun musuh politik. Disamping bekerjasaama dalam soal-soal yang disepakati dan bertolenransi dalam perkara khilaf

· Hikmah dalam konteks komunikasi dakwah
Seorang pendakwah diwajib menyampaikan nasihat-nasihat dalam bentuk mauizah hasanah dan sekaligus membentuk kemungkinan membentuk terjadinya penukaran fikiran (mujadalah) iaitu satu bentuk komunikasi berdakwah. Pendakwah mestilah mengunakan metod hikmah dalam komunikasi tersebut. Lebih luas lagi, aspek pengertian hikmah dalam komunikasi meliputi aspek sosiologi, psikologi dan empati (meletakan diri dalam suasana sasaran) dari komunikasinya, kerana semua aspek tersebut memain peranan yang sangat besar pada manusia tersebut menentukan pilihan terhadap ransangan-rangsangan yang mempengaruhi dirinya.

Thursday, February 28, 2008

MOHD NORFIRDAUS BIN MOHD SALLEH(A117803)

Cabaran – Cabaran Dalam Berdakwah
Cabaran Peringkat Individu
Kejayaan atau kegagalan dakwah Islam berkait rapat dengan sejauh mana kecekapan dan kebolehan pendakwah dalam bidang dakwah itu sendiri. Inilah puncanya pembekalan diri dengan ilmu pengatahuan dianggap satu persoalan yang serius yang dihadapi pendakwah dalam masyarakat Islam. Ini kerana halangan yang ditempuhi oleh pendakwah kadang – kadang mudah dan ringan tetapi pendakwah merasa berat dan sukar yang mungkin membantut usaha dakwahnya kerana kelemahannya dari segi ilmu pengatahuan.[1]
Sesetengah pendakwah, umpamanya dilihat mundur dan hambar kerana semata – mata mereka berhadapan dengan cabaran segelintir manusia yang menaruh kebencian dan iri hati terhadap dakwah Islam. Dalam situasi yang lain mereka juga kadang – kadang dilihat merasa kecewa kerana tidak mampu menjawab beberapa soalan yang sukar yang di ajuakn kepada mereka. Contohnya adalah antara persoalan dalaman yang berpunca daripada kelemahan psikologp pendakwah di peringkat individu. Andaikata pendakwah itu berbekalkan ilmu pengatahuan bentuk cabaran dalaman ini akan menjadi mudah dan ringan kepadanya.[2]
[1] Othman Hj. Talib, Dakwah Dalam Perspektif Sosio – Budaya Malaysia Indonesia, 2003, hlm. 11
[2] Othman Hj. Talib, Dakwah Dalam Perspektif Sosio – Budaya Malaysia Indonesia, 2003, hlm. 12Para pendakwah pada hari ini, tidak dinafikan lagi menghadapi masalah – masalah yang lebih banyak daripada para pendakwah pda zaman awal. Ini disebabkan terdapat pendakwah kini menghadapi cabaran dalaman yang besar dan disebabkn kelemahan keimanan, meraka kecundang terhadap sogokan dan godaan. Sesetengah pendakwah yang memegang beberapa jawatan tertentu dalam kerajaan dilihat mundur apabila mereka disogokkan dengan kenaikan pangkat dan kemewahan.
Menurut al – Bahi al – Khuli, keinginan nafsu sering melucutkan minda daripada prinsip – prinsipnya atau mebantutnya apabila ia mengatasinya. Akibatnya ia memaksa minda membuat keputusan mengikut kehendaknya. Dengan pantas minda menerima kedudukan baru serta membiasainya. Ia tidak lagi merasa bersalah ketika itu untuk mengumpul prinsip – prinsip dan keinginan nafsu yang saling bertentangan dan terus berkhidmat kepada nafsu tadi seperti hamba abdi. Mendidik dan melatih pendakwah untuk menghayati Islam dalam kehidupanya serta menyucikan nafsunya supaya memandang rendah kenikmatan dumia dan mejadi pendakawah yang ikhlas yang sanggup berkorban apa sahaja, pendidikan seperti amat perlu dimana tanpanya perbincanagan tentang dakwah dan pendakwah tidak bermakna lagi.[1]
Oleh yang demikian, tanda – tanda kelemahan yang terdapat pada diri pendakwah, seperti kekurangan ilmu pengatahuan, salah laku, dan kerapuhan terhadap sogokan, godaan adan sebagainya dianggap antara cabaran – cabaran dalaman yang berpunca daripada kelemahan psikologi pendakwah di peringkat individu. Faktor – faktor tersebut disedari atau tanpa disedari akan menghalang dakwah Islam untuk mengorak langkah ke hadapan.

Cabaran Dari Sudut Faktor Organisasi
Pendekatan – pendekatan penyampaian dakwah dalam mencapai matlamat yang dikehendaki adalah satu asas utama dakwah. Pendekatan – pendekatan sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan memerlukan teknik – teknik dan pelan – pelan yang sesuai dengan keadaan, persekitaran, tempat dan tabii masyarakat sasaran meskipun kita mengakui bahwa matlamat dakwah Islam tetap satu dalam semua keadaan. Dalam mencapai pendeketan – pendekatan yang berubah – ubah itu serta menetu teknik – teknik dengan keadaan, tempat dan tabii masyarakat, Allah s.w.t meletakkan garis panduan yang jelas iaiatu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik.
Kelemahan dalam organisasi, kepelbagaian dalam haluan dan perbezaan pendapat merupakan satu cabaran dalaman yang wajar diberi perhatian meskipun kadarnya kecil berbanding cabaran – cabaran yang lain. Tetapi dari yang lain akan mencetuskan kekeliruan di kalangan orang ramai yang tidak memahami hakikat Islam mengakibatkan mereka terus sesat dan jahil serta berjauhan dari gerakan Islam. Dari sini situasi kelihatan jelas berbahaya kerana manusia sememangnya tidak suka khilaf yang membuatkannya meraba – raba yang tidak mempunyai jalan keluar.[2]
Menurut Dr. Yusuf Qardhawi beberapa jamaah boleh bergiat bersama orang ramai. Yang lain pula bersama para cendikiawan. Kumpulan pertama bercakap kepada sentimen dan meembangkitkan perasaan keimanan. Manakala kumpulan kedua bercakap kepada minda khussunya minda mereka yang dikaitkan kepada dua aliran budaya barat, Liberalisme dan Soialisme. Begitulah, jamaah berbilang dan fungsi mereka juga berbagai – bagai mengikut keperihatinan masing – masing. Sesiapa menjalankan sesuatu kerja sepenuh masa pasti melaksana kannya dengan baik. Sebagaimana Firman Allah s.w.t:
Ÿwur (#qçRqä3s? tûïÏ%©!$%x. (#qè%§xÿs? (#qàÿn=tF÷z$#ur .`ÏB ω÷èt/ $tB æLèeuä!%y` àM»oYÉit6ø9$# 4 y7Í´¯»s9'ré&ur öNçlm; ë>#x‹tã ÒOŠÏàtã ÇÊÉÎÈ
105. Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. mereka Itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,[3]
Ayat – ayat tesebut menitikberatkan soal menyatupadukan saf umat Islam dan nikmat persaudaraan mereka. Allah telah menjalinkan kemesraan antara kabilah Aus dan Khazraj menerusi akidah Islam. Islam sahaja yang mampu menyatukan hati – hati yang tidak sehaluan ini. Hanya tali Allah sahaja yang boleh mengikat mereka dengan tali persaudaraan ini.

Cabaran Dari Pemerintah
Para pendakwah pada masa ini juga turut menghadapi cabaran daripada pemerintah. Ini kerana cabaran dari pihak pemerintah mendahului senarai masalah – masalah yang membingungkan para pendakwah. Pemerintah sepatutnya bertanggungjawab terhadap peningkatan dakwah Islam berdasrkan peruntukan dalam perlembagaan yang menegaskan bahwa Islam itu adalah agama rasmi negara.
Tetapi malangnya apa yang sedang berlaku di persada dakwah Islam dalam masyarakat Islam ialah pendakwah dinafikan dari kebebasan berucap seperti yang sepatutnya. Skop dakwah disempitkan dan dikawal serta dihadkan kepada aspek – aspek tertentu sahaja, pada hal dakwah Islam bermakna memperkenalkan Islam sebagai satu cara hidup dan menghayatinya dalam masyarakat. Kerana Islam itu bukanalah satu falasafah gersang atau satu teori mandul yang tidak dilaksanakan. Ia sebalikanya satu metode kehidupan lengkap dan bersepadu malah ia tidak berbelah bahagi.[4]
Firman Allah :
$yg•ƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=äz÷Š$# ’Îû ÉOù=Åb¡9$# Zp©ù!$Ÿ2 Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÅVºuqäÜäz Ç`»sÜø‹¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNà6s9 Ar߉tã ×ûüÎ7•B ÇËÉÑÈ
208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.[5]

Sesetengah kerajaan Islam memperkenalkan sistem tauliah untuk mempastikan pendakwah memperolehi surat tauliah dari sesebuah majlis agama sebelum ia dibenarkan berceramah. Ini bermaksud pendakwah akan dikira melanggar akta majlis jika beliau gagal mendapat tauliah. Sistem tauliah yang dipraktikan oleh kerajaan masyarakat Islam sekalipun untuk niat yang baik umpamanya untuk mempastikan seseorang tidak mengeksploitasi agama untuk kepentingan peribadi, merupakan satu langkah untuk pendakwah tidak menentang dasar kerajaan. Kedudukan ini dianggap satu lagi cabaran kepada pendakwah kerana dia tidak dapat melaksanakan kewajipannya secara bebas seperti yang sepatutnya dan dia dinafikan dari kebebasan pendapat yang telah dijaminkan oleh Islam.[6]

Cabaran Dakwah Dalam Era Teknologi Dan Maklumat
Dakwah adalah satu proses penyampaian mesej Islam yang berterusan, bertujuan untuk mengukuhkan iman setiap muslim dan pada masa yang sama dapat memujuk bukan Islam berkongsi iman. Ketika berhadapan dengan suasana ledakkan teknologi makluamat yang berubah pantas pada masa kini, umat Islam mestilah bukan saja bersikap defensif, mengukuhkan keimanan melalui aktiviti tasawuf dan penghayatan Islam, tetapi mestilah agresif menguasi teknologi komunikasi.[7]
Dengan pelancaran satelit Malaysia yang pertama, MEASAT 1 pada Januari 1996, dijangakan bahawa pendududk Malaysia boleh menerima lebih daripada 20 rangakaian televisyen apabila ia mula beroperasi. Dari segi kawalan dan praktinya, mengikut sumber kemnterian penerangan, siaran akan ditapis satu jam sebelum siaran terbabait bermula, manakala Akta Penyiaran akan mempastikan hanya antena berukuran 60 cm yang hanya boleh diimport.
Bagaimanapun, dengan meneliti tokoh di belakang syarikat penyiaran terbabit yang memiliki satelit tersebut da tiada satu polisi penyiaran yang jelas, penyiaran tersebut tidak ada bezanya dengan penyiaran sebelumnya dan pada masa yang sama lebih mencabar akidah dan keimanan umat Islam. Disamping itu, berapa banyakkah bahan – bahan siaran yang disediakan boleh menepati kehendak Islam dan sekaligus sebagai saranan dakwah? Inilah persoalan dan cabaran yang perlu ditangani dengan serius oleh pihak berkuasa dalam hal – ehwal keislaman dan juag umat Islam amnya.[8]

Cabaran Dakwah Dalam Masyarakat Melayu Majoriti
Dalam menentukan kaedah yang paling berkesan untuk mencapai cita – cita Islam, gerakkan dakwah boleh dikatakan berdepan dengan cabaran paling besar iaitu mewujudkan kesatuan fikrah dalam melakukan proses pengislaman. Perbezaan tentang pendekatan kadangkala menimbulkan polimik yang merugikan Islam, mengelirukan masyarakat Islam dan mengurangkan kekuatan gerakan Islam. Banyak masa, tenaga dan sumber kekuatan dihabisakan untuk menyelesaikan polimik dan konflik yang timbul antara gerakkan dakwah. Di samping itu, semangat untuk mepercepatkan proses pengislaman kadangakala melarat kepada masalah akidah dan penyelewengan agama seperti yang berlaku kepada organisasi Drul Arqam di Malaysia dan Islam Jamaah di Indonesia.[9]
Selain itu, pendekatan politik untuk berdakawah boleh dikatakan mejadi satu kaedah paling popular kerana gerakkan dakwah berhadapan dengan pihak pemerintah yang dikatakan tidak mempunyai komitmen sepenuhnya untuk menjadikan Islam sebagai al – din. Asasnya dalam pemikiran dakwah, politik adalah alat untuk berdakwah. Bagaimanapun proses kematangan gerakan Islam memimpin di dalam politik luhur seperti yang dikehendki oleh Islam. Ketidakupayaan inilah untuk memasuki arus politik perdana menimbulkan cabaran kepada dakwah.
Dakwah di kalangan Melayu majoriti terus bergerak dengan sebahagian besar tumpuan diberikan kepada proses pengislahan orang – orang Islam. Aktulasi Islam di peringkat individu tidak menghadapi cabaran sehebat di peringkat masyarakat seperti proses pengislaman sistem ekonomi, kewangan, pelancongan, penyiaran, kesenian dan pendidikan. Dakwah boleh dikatakan telah berjaya menimbulkan kesedaran umum tentang kembali kepada penghayatan Islam namun proses untuk menjadi Islam Kaffah menuntut kepada peningkatan ilmu yang lebih praktikal dangan gabungan kelompok ”ustaz” dan profesional dan perlu dirancang dengan lebih sistematik. Dalam konteks Melayu majoriti dakwah kepada non – Muslim juga terus bergerak namun skala tumpuanya adalah kecil. Strategi dan perangcangan dakwah keluar sepatutnya tidak terlepas dari pemikiran jangkauan dakwah kepda Melayu majoriti.[10]
Cabaran Dakwah Dalam Masyarakat Melayu Minoriti
Cabaran utama yang dihadapi dalam berdakawah dalam masyarakat Melayu minoriti adalah pertembungan secara langsung penganut Islam dengan agama lain seperti Budha dan Kristian dalam suasana politik dan keadaan yang berbeza. Di sini sikap akodomotasi menjadi sifat utama dalam pendekatan dakwah dengan penekanan kepada membangunkan kualiti individu muslim untuk menyaingi cabaran yang timbul hasil fenomena politik yang mencabar survival Islam. Pendekatan konfratasi nampaknya tetap wujud dengan skala tertentu, tetapi sikap ini menuntut kepada rasionaliasi pemikiran dakwah yang lebih tinggi dalam setiap tindakan.
Mempertahankan identiti keislaman merupakan cabaran besar yang melingkungi kehidupan umat Melayu Islam yang minoriti. Uzlah dilihat bukan cara yang baik untuk meningkatkan proses pengislaman. Oleh itu, tumpuan kepada pendidikan asas di samping mempertahankan simbol – simbol keislaman seperti cara berpakaian lebih ditonjolkan dalam bentuk peningkatan keislaman individu. Kehidupan masyarakat Melayu Islam banyak dipengaruhi corak pemikiran para pemimpin tempatan dalam bentuk administrasi Islam. Taghyir Islami digerakan dalam bentuk orientasi keluarga berbanding dengan orientasi gerakan Islam kerana ia mungkin dianggap lebih berhikmah untuk menjamin survival.[11]
Oleh yang demikian, pemikiran dakwah di alam Melayu mempunyai latar belakang pengalaman yang cukup berguna untuk menghadapi cabaran dalaman dan luaran ke arah menjadikan Islam sebagai cara hidup kepada lebih 200 juta umat Islam. Peningkatan kesedaran keislaman disebabkan aktivti dakwah dalam tempoh lebih tiga dekad lalu telah menuntut kepada peningkatan nilai intelektual ilmu dakwah sebagai katalis yang memandu kepada perubahan pemikiran yang lebih positif.

Cabaran – Cabaran Dari Penentang Islam
Penetang – penentang Islam menggunakan sekolah – sekolah dan hospital – hospital dalam usaha untuk menyelewengkan akidah Islamiah ini. Mereka terdiri daripada kalangan orang – orang Yahudi dan Kristian cuba menguasai kebendaan untuk menghalang dakwah Islamiah daripada berkembang pesat. Agama Masihi berkembang bersama – sama dengan perkembangan sekolah- sekolah dan hospital – hospital. Mereka telah mendirikan sekolah dan hospital di negara umat Islam. Sekolah dan hospital ini memainkan peranan dalam usaha memesongkan akidah umat Islam.
Gerakan misionari Kristian ialah satu gerakan untuk mengkristiankan seluruh manusia terutama sekali penganut Islam. Hal ini pada pandangan mereka agama Islam merupakan satu – satunya agama penghalang kepada semua tugas dan kemahuan orang Kristian.[12]
Antara kegiatan yang dilakukan oleh para misisonari bagi menarik minat masyarakat supaya memeluk Kristian adalah melalui tadika, pusat –pusat kebajikan untuk golongan – golongan tua dan wanita – wanita yang telah rosak akhlaknya. Tempat – tempat ini dibiyayai sepenuhnya oleh paderi – paderi. Mereka juga turut memberi bantuan kewangan kepada sesiapa yang memerlukan.
Mereka mengadakan hospital – hospital dan klinik – klinik serta memberi layanan sempurna kepada pesakit. Dengan cara iani adalah mudah bagi misisonari menarik penganut – penganut Kristian baru yang terdiri daripada pelbagai bangsa termasuklah bangsa Melayu.
Selain dari bantuan – bantuan material, mereka juaga menyebarakan risalah – risalah dan buku – buku yang mengandungi ajaran dan nilai hidup Kristian. Terdapat juga, buku – buku yang diedar dan dihasilkan itu merendahkan agama Islam dan memutar belitkan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, daripada kegiatan – kegiatan yang dijalankan oleh misionari Kristian, para misionari ini telah mengambil dan menarik jumlah penganut Kristian yang ramai dalam jangka masa yang pendek. Apa yang mebimbangkan ialah ramai daripda orang Islam sendiri terjerumus kedalam agama tersebut dan angka itu meningkat dari sehari ke sehari.
Maka disini, jelas kepda kita bagaimana misionari Kristian bergiat serta menjalankan dakyahnya secara meluas di serata dunia. Dengan menggunakan pelbagai taktik mereka kini semakin berjaya. Jumlah penganut Kristian dari sehari ke sehari semakin bertambah dan meningkat. Oleh itu, umat Islam seharusnya peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka seterusnya mencari jalan bagaimana untuk membendung kegiatan tersebut.
Pelbagai cara boleh dilakukan bagi membendung kegiatan mereka. Antara yang penting adalah kesedaran dari umat Islam itu sendiri tentang bahaya kegiatan yang dilakukan oleh misionari Kristian ini. Sebagai umat yang utama dan ingin membuktikan kegemilangan Islam, maka umat Islam mesti mengenali jenis – jenis cabaran dan halangan serta kemampuan mereka mengatasi cabaran tersebut dengan teliti dan bijaksana.[13]

Cara – Cara Menghadapi Cabaran Dalam Dakwah
Perlunya kerjasama semua organisasi dakwah dalam kerja – kerja pengislaman kepada masyarakat yang bukan Islam. Seluruh organisai dakwah perlu memberi perhatiankepada kerja – kerja pengislaman masyarakat bukan Islam. Mereka harus mencari jalan bagaimana untuk menyemaikan dakwah lebih berkesan kepada non – musalim. Ini amat penting sebagai langkah untuk menarik minat mereka untuk memeluk agama Islam. Petubuhan – pertubuhan dakwah seperti Perkim, Pusat Islam perlu bekerjasama serta mengambil inisiatif yang lebih dalam dan usaha lebih gigih untuk mengislamkan orang bukan Islam. Dengan cara begini jumlah penganut Kristian mungkin dapat dikurangkan. Badan – badan dakwah perlu berkorban masa dan tenaga serta tidak boleh berputus asa.[14]
Aktiviti – aktiviti kebajikan perlu dipertingkatakn di dalam usaha menarik lebih ramai orang memeluk Islam. Misionari Kristian melakukan kerja – kerja amal dan kerja sukarela sebagai langkah untuk menarik penganut Kristian. Mereka mengamalkan konsep bekerjasama, memberi bantuan kewangan dan tenaga juga nasihat kepada orang yang didakwah.
Oleh itu, umat Islam perlu meniru taktik misionari Kristian. Salah satu punca kegagalan usaha menarik non – muslim terhadap Islam adalah kuranganya kerja – kerja kebajikan yang dijalankan oleh badan dakwah Islam. Para pendakwah Islam hanya menyampaikan isi dakwah tanpa menekankan hal – hal bersangkutan dengan kebajikan. Lantaran itu, non – muslim lebih tertarik kepada agama Kristian kerana para misionari pandai mengambil hati mereka dengan perkara – perkara kebajikan.

Kesimpulan
Pendakwah dikehendaki untuk memperkenalkan Islam secara bersepadu. Jika tidak ini bermakna dia tidak menyampaikan mesejnya. Allah telah berjanji bahawa Dia tetap bersama pendakwah yang tidak gentar memperkatakan kebenaran yang hanya mengharapkan ganjaran dari Allah. Pendakwah seperti ini juga mestilah mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi. Dia juga harus memiliki iman yang kental kesabaran dan keikhlasan untuk menghadapi arus kemodenan yang semakin mencabar ini.
[1] Othman Hj. Talib, Dakwah Dalam Perspektif Sosio – Budaya Malaysia Indonesia, 2003, hlm. 14
[2] Othman Hj. Talib, Dakwah Dalam Perspektif Sosio – Budaya Malaysia Indonesia, 2003, hlm. 18
[3] Al – Quran, Ali – Imran 3: 105
[4] Othman Hj. Talib, Dakwah Dalam Perspektif Sosio – Budaya Malaysia Indonesia, 2003, hlm. 21
[5] Al – Quran, Al – Baqarah 2: 208
[6] Othman Hj. Talib, Dakwah Dalam Perspektif Sosio – Budaya Malaysia Indonesia, 2003, hlm. 22
[7] Zukiple Abd. Ghani & Abdul Ghafar Don, Dakwah Dan Pengurusan Islam Di Malaysia, 2000, hlm. 163
[8] Zukiple Abd. Ghani & Abdul Ghafar Don, Dakwah Dan Pengurusan Islam Di Malaysia, 2000, hlm. 165
[9] Zulkiple Abd. Ghani, Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, 2003, hlm. 40
[10] Zulkiple Abd. Ghani, Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, 2003, hlm. 42
[11] Zulkiple Abd. Ghani, Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, 2003, hlm. 43
[12] Sidi Gazalba & Zainab Ismail, Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini, 1995, hlm. 78
[13] Sidi Gazalba & Zainab Ismail, Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini, 1995, hlm. 80
[14] Sidi Gazalba & Zainab Ismail, Dakwah Islamiah Malaysia Masa Kini, 1995, hlm. 82

SUSA JALIL SOLIHIN ( A119512 )

ASSALAMUALAIKUM..
mari kwn2..kita berdakwah bersama2 untuk membasmi gejala sosial di UKM..
byk aktiviti hiburan kt ukm drpd aktiviti berbentuk ilmiah..

Wednesday, February 27, 2008

muhammad zaid bin jaafar (A121239)

Peranan Dan Tanggungjawab Berdakwah.

Dakwah islamiah bukanlah satu tugas yang boleh dilakukan oleh semua orang, tetapi tidak mustahil jika ia dapat dijalankan oleh setiap individu muslim. Apabila dilihat kepada ruang lingkup dakwah, ia meliputi individu itu sendiri dan orang lain. Dengan itu, amalan dakwah perlu wujud dalam diri setiap muslim. Sudah tentu diri mereka perlu didedahkan dengan sifat-sifat sebagai seorang pendakwah. Setiap individu muslim perlu membuat perubahan dalam hidup mereka untuk mendapatkan sifat-sifat yang baik ini agar dirinya dihormati dan dicontohi. Antara sifat-sifat pendakwah tersebut ialah:

  1. Sifat yang menghubungkan pendakwah dengan Allah.
  2. Sifat yang menghubungkan pendakwah dengan manusia / makhluk.
  3. Wawasan dan pengetahuan pendakwah.

NORAINI BT ISMAIL(A 120811)

"Kdg2 ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian DIA dtgkan pula guruh & kilat. Puas kita mencari dimana matahari, rupa2nya ALLAH nk hadiahkan kita Pelangi yang indah".

MOHAMAD HAIKAL BIN ABD MUKTI(A119551)

Assalamualaikum...........
Antara pendekatan yang boleh diambil dalam mendakwah non_muslim ialah dengan mengadakan ceramah dan juga melawat mereka. Dengan cara ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara masyarakat bukan Islam dengan masyarakat Islam itu sendiri. Mereka dapat mengenal ape yang dimaksudkan dengan Islam dengan cara tidak langsung. Oleh itu, dapatlah kita fahami bahawa kita dapat menyebarkan dakwah jika kita mengetahui cara yang betul untuk berdakwah.wslm

KEPERLUAN DAN TANGGUNGJAWAB BERDAKWAH


BAB 1 : PENDAHULUAN


1.1 : DEFINISI DAKWAH
Kata dakwah berasal dari bahasa Arab yang bererti ajakan, seruan, panggilan dan undangan. Dalam bahasa Arab, dakwah disebut al-Da’wah. Dalam bahasa Inggeris pula perkataan dakwah dikenali sebagai call and invitation.[1]

1.2 : DEFINISI DAKWAH SECARA UMUM
Definisi dakwah secara umum ialah suatu ilmu pengetahuan yang berisi cara-cara dan tuntutan, bagaimana seharusnya menarik perhatian manusia supaya menganut, menyetujui dan melaksanakan suatu idiologi, pendapat-pendapat, pekerjaan-pekerjaan tertentu dan lain-lain.

1.3 : DEFINISI DAKWAH MENURUT ISLAM
Definisi dakwah menurut Islam ialah mengajak manusia dengan cara yang bijaksana kepada jalan yang benar dan sesui dengan perintah Allah S.W.T untuk kemaslahatan dan kebahagiaan mereka di dunia akhirat.[2]


BAB 2 : PEMBAHAGIAN DAKWAH

2.1 : Dakwah kepada bukan Islam

Penyebaran agama Islam kepada seluruh manusia wajib dilakukan oleh semua kaum muslimin kerana mereka ialah sebaik-baik umat yang dipilih untuk menyeru berbuat kebajikan dan mencegah kejahatan. Tugas ini ditetapkan kepada orang Islam yang dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan mengerti tanggungjawab yang dihadapi.

2.2. : Dakwah kepada semua muslim

Dakwah kepada sesama kaum muslimin ialah dalam bentuk nasihat menasihati supaya berbuat kebajikan dan mencegah daripada melakukan perkara mungkar. Tugas ini diberikan kepada orang Islam yang mengerti tentang selok-belok syariat agama Islam seperti firman Allah (surah Al-Taubah :122) :

Maksudnya :
Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu Yang dituntut di Dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).



2.3 : Dakwah umum

Seruan yang ditugaskan kepada kaum muslimin dengan cara inzar dan menasihati seseorang itu supaya melakukan kebaikan dan menjauhi perkara yang mungkar. Apabila seseorang menasihatinya untuk berbuat kebajikan dan menunjukkan dengan cara yang lembut dan perlahan–lahan maka dakwah tersebut akan berjaya dan tidak sia-sia seruannya. Firman Allah (surah al-‘Ashar : 1-3) :

Maksudnya :
Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[3]


BAB 3 : KEPERLUAN BERDAKWAH

Manusia dijadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian, dikurniakan akal fikiran. Dengan akal ia boleh membezakan yang baik dan yang buruk, di antara benar dan sesat. Dengan menggunakan akal semata-mata, ia masih belum dapat mengetahui selok-beloknya beberapa perkara yang berhubung kepada dunia, lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan akhirat.

Keperluan berdakwah adalah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Dalam konteks Islam, berdakwah adalah satu kewajipan bagi setiap orang muslim yang baligh dan mempunyai akal fikiran. Sepertimana firman Allah yang mewajibkan setiap orang islam berdakwah :
Kenapa kita perlu berdakwah?

i) kerana hanya Islam sahaja agama yang diterima di sisi Allah.
Firman Allah Taala :
(surah Ali Imran :19)

Maksudnya:
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.


ii)kerana inilah tujuan diutuskan Rasulullah SAW ke alam ini.
firman Allah Taala :
(surah Al-Anbiya’ : 107)

Maksudnya :
dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Dikuatkan dalil dengan hadith :

بلغوا عنى ولو أية...........
Maksudnya :
Sampaikanlah apa yang kamu terima daripadaku, walaupun satu ayat …[4]


Kadang-kadang manusia dapat juga mengetahui kebaikan atau kejahatan, tetapi kebanyakan mereka tidak dapat melawan tekanan nafsu yang sedang menguasai diri mereka. Kadang kala timbul rasa kemarahan dan dengki. Dengan itu hilanglah tujuannya yang asal, sehingga tidak mencapai faedah yang dikehendaki Tuhan. Sesetengah akal pula boleh juga terlepas daripada kongkongan nafsu, tetapi tidak dapat terlepas daripada perselisihan dan perkelahian disebabkan berlainan pendapat dan tabiat yang dipunyai seseorang. [5]


BAB 4 : TANGGUNGJAWAB BERDAKWAH


4.1 : Menurut Abdul Karim Zaydan :

Tanggungjawab berdakwah adalah tanggungjawab untuk mengislamkan seluruh umat manusia terletak di atas bahu orang-orang islam yang baligh dan berakal. Kewajipan ini tidak terkecuali samada dari golongan ulama’ atau dari golongan awam. Walaubagaimanapun, ketentuan untuk membuat huraian tentang isi dakwah, segala hukum-hukum yang berkaitan dengannya adalah terletak ke atas para ulama’ memandangkan keluasan ilmu mereka.

Firman Allah Taala (surah Ali Imran : 104)
Maksudnya :
dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.


Melalui ayat di atas At-Tobari menjelaskan bahawa perlu wujudnya sekumpulan manusia yang mengajak manusia yang lain kepada Islam dan syariatnya.





4.2 : Ibnu Khatir pula menjelaskan bahawa hendaklah ada dikalangan umat ini satu
golongan yang berusaha dalam menunaikan tugas dakwah, sekaligus ianya merupakan kewajipan atas setiap peribadi umat.

Pendapat ini dikuatkan oleh hadith :

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع فبلسانه فان لم يستطيع فبقلبه وذلك أضعف الايمان

Maksudnya :
“Barang siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (dengan kekuatan atau kekuasaan ), jika dia tidak sanggup demikian (lantaran tidak mempunyai kekuatan dan kekuasaan) maka dengan lidahnya (teguran dan nasihat dengan lisan atau tulisan), jika tidak sanggup demikian (lantaran serba lemah) maka dengan hatinya, dan akhir ini adalah iman yang paling lemah”. H.R. Muslim

Melalui hadith di atas :

Al-Qurtubi menyuruh kepada ma’aruf dan mencegah kepada kemungkaran, dengan menggunakan kekuasaan mesti dilakukan untuk memerintah, dengan lidah oleh ulama’.[6]


Manusia memerlukan pimpinan dan bimbingan yang dapat memandu mereka ke jalan kebenaran. Setelah berlalunya zaman nabi dan rasul, manusia masih memerlukan pimpinan. Di sini terletaknya tanggungjawab umat Islam, betapa pentingnya untuk membimbing masyarakat umum supaya dapat diawasi akidah serta amalan perbuatan dan akhlak ummah.

Seperti dalam firman Allah dalam surah al-Imran, ayat 104 :

Yang bermaksud:
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.

Dalam surah ini, jelaslah menunjukkan bahawa dakwah Islamiah dituntut oleh agama. Tuntutan ini ditujukan kepada muslimin seluruhnya dan dilaksanakan berperingkat-peringkat.

Dakwah dalam erti kata amar makruf dan nahi mungkar ialah merupakan syarat mutlak untuk kesempurnaan dan keselamatan hidup masyarakat. Menjadi kewajipan dan tanggungjawab pada kaum muslimin seluruhnya sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menjalankan dakwah.

Tanggungjawab dan kewajipan menjalankan dakwah bukan hanya terletak pada individu umum masyarakat Islam, tetapi tanggungjawab itu terletak di atas bahu pemerintah. Pemerintah wajib menjalankan, menyusun dan mengatur perjalanan dakwah supaya terjamin perjalanannya.

Mengikut ijmak ulama’ pula menyampaikan dakwah itu adalah wajib, iaitu wajib kifa’I dan wajib ayni. Wajib kifa’I sekiranya telah ada golongan umat islam yang melakukan tugas dakwah, maka gugurlah kewajipan itu kepada golongan yang lain pula. Wajib ayni pula ialah sekiranya seseorang itu mendapati dirinya sahaja yang beragama Islam, maka pada waktu itu kewajipan berdakwah menjadi wajib ayni dan yang demikian hendaklah menunaikan kewajipan berdakwah mengikut kemampuan ilmu dan tenaganya.

Oleh kerana hari ini manusia berlumba-lumba dalam bidang sains dan teknologi, maka wajib bagi kita orang Islam, terutamanya para Ulama’ yang mempelajari cara-cara dakwah Islam, bangun dan membekalkan diri para mubaligh itu dengan persediaan- persediaan yang tertentu dalam menghadapi masyarakat. Ada beberapa syarat bagi mubaligh untuk menunaikan dakwah itu :

i) Mengetahui asal usul agama Islam, sehingga apabila ianya disampaikan kepada orang ramai, mereka akan menerimanya dengan mudah. Mereka memahami dengan baik tentang hakikat Islam.
ii) Bagi pendakwah hendaklah sentiasa cergas dan mempunyai jiwa membangun, sentiasa celik penglihatannya, serta melihat ke depan apa yang berlaku supaya mudah ia dapat menjalankan tugasnya. Apabila melihat sesuatu kelemahan, ia segera bangun untuk menegakkan semula ke jalan yang benar. [7]

5.0 : KESIMPULAN

Sesungguhnya dakwah merupakan satu kerja yang mencabar dan mempunyai banyak halangan dan rintangannya. Sememangnya setiap yang baik itu sentiasa akan dihalangi oleh unsur-unsur yang negatif. Oleh itu setiap pendakwah perlu beristiqamah dalam melakukan kerja-kerja dakwah dan sentiasa memohon kepada Allah S.W.T agar kerja yang mereka lakukan itu sentiasa diredhai oleh-Nya.

Melaksanakan penyiaran agama Allah kepada semua manusia dengan bijaksana adalah penting. Janganlah menggunakan kekerasan dan paksaan, apa lagi mencela dan memaki secara tidak sopan. Sebagaimana yang dilakuan oleh orang yang tidak mengetahui cara-cara menyampaikan dakwah mengikut petunjuk al-Quran.

Berdasarkan al-Quran dan hadith nabi, dari segi tanggungjawab seorang muslim, dakwah Islamiah adalah wajib daripada aspek pengertian dakwah amal makruf dan nahi mungkar, berdakwah adalah wajib bagi individu muslim seluruhnya.


RUJUKAN

Tafsir al-Quran Karim

Dr. Abdul Karim Zaidan, Islam dan dakwah, 2002 :
Prospecta Printers Sdn. Bhd

Drs. Anwar Masy’ari, Studi Tentang Ilmu dakwah, 1981:
PT Bina Ilmu Subaraya

Ghazali Darusalam, Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah, 1996 :
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd

Muhammad Salih samak, Ilmu Pendidikan Islam,1980 :
Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ustaz Redzuwan bin Yunus, Nota Kuliah Metodologi Dakwah, 2007/08



[1] Ustaz Redzuwan bin Yunus, Nota Kuliah Metodologi dakwah 07/08
[2] Drs. Anwar Masy’ari, 1981 : 8
[3] Ghazali Darussalam, 1996 : 12
[4] Ustaz Redzuwan bin Harun, Nota Kuliah Metodogi dakwah 07/08
[5] Muhammad Salih Samak, 1980: 220
[6] Ustaz Redzuwan bin Harun, Nota Kuliah Metodologi Dakwah 07/08
[7] Muhammad Salih Samak, 1980: 225

disediakan oleh : Nabilah binti Md Said (A120670)

Esni Farahani binti Esa (A120716)