:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Thursday, April 10, 2008

Ahmad Basri (A112473)

KISAH NERAKA JAHANNAM.....

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu

adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya
memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada
setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu
terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya
pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000
kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000
kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai
70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala
tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan
dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka
Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di
sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka
disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di
atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila
terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan
memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda :
"Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka
Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik
oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu
besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6
yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi
keras."

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan
setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana
kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka
nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan
sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

0 comments: