:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Monday, March 3, 2008

Tanggungjawab Terhadap Ahli Dzimmah (A120693)

Status Ahl al-Dzimmah

Kaum minoriti non-Muslim yang menetap atau bernaung di negara Islam dinamakan Ahl al-Dzimmah. Mereka mendapat status dan hak yang sama dengan kaum Muslimin. Di dalam perkara yang berkaitan daengan undang-undang kekeluargaan (al-Ahwal al-Syakhsiah), mereka bebas memilih sama ada ke mahkamah syariah untuk mendapat keadilan mengikut syariat Islam di bawah pengendalian hakim Muslim atau mendapat keadilan mengikut peraturan dan kepercayaan agama mereka. Hakim Muslim bagaimanapun berhak menolak atau menarik diri dari mengendalikan kes tersebut, sekiranya didapati boleh mengakibatkan kemudharatan kepada salah satu pihak yang bermusuh itu atau boleh menjejaskan kemaslahatan awam. Sebaliknya, jika hakim Muslim bersetuju mengendalikan kes tersebut maka al-Quran mengingatkan supaya hakim Muslim berlaku adil di antara mereka. Firman Allah SWT dalam surah : 42:

                          •    

Maksud: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan Segala Yang haram (rasuah dan sebagainya). oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa Yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau Engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika Engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka Dengan adil; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

Dr Ahmad Ibrahim Mahna menyatakan bahawa inilah keistimewaan yang tidak mungkin didapati pada negara lain di dunia ini. Islam telah memberi hak, jaminan keselamatan, menjaga kebajikan dan memberi layanan baik kepada kaum minoriti non-Muslim yang tinggal di negara Islam dikenali dengan nama Ahl al-Dhimmah.

Hak-hak Ahl al-Dzimmah

Sebagaimana kaum Muslimin mendapat hak di dalam negara Islam, golongan non-Muslim juga tidak terkecuali dari mendapat hak-haknya di negara Islam, antaranya:

i. Hak mendapat perlindungan

Orang-orang non-Muslim perlu diberi perlindungan sama seperti orang Muslim. Seperti kisah yang dihadapi oleh Imam Ibnu Taimiyah ketika beliau meminta kepada Komandan pasukan Tartar iaitu Qatlusyah agar membebaskan semua tawanan perang termasuk Muslim dan non-Muslim tetapi beliau tidak menyerahkankan tawanan perang non-Muslim. Ibnu Taimiyah tidak mahu menerima perjanjian ini melainkan diserahkan juga tawanan perang non-Muslim kerana mereka juga perlu dibebaskan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menzalimi kafir Mu’ahad, mengurangi haknya, membebaninya di luar kesanggupannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa kerelaannya. Maka, Akulah yang menjadi seterunya pada hari Kiamat”.

ii. Melindungi darah dan badan mereka

Hak perlindungan yang ditetapkan untuk non-Muslim meliputi perlindungan terhadap darah, jiwa dan badan mereka. Tidak boleh menyakiti badan mereka. Seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang membunuh kafir Mu’ahad, ia tidak akan mencium bau syurga. Sesungguhnya aroma syurga itu tercium dari jarak empat puluh tahun”.

iii. Melindungi harta mereka dan menjaga kehormatan mereka

Sama seperti melindungi jiwa dan raga mereka, umat Islam juga perlu melindungi harta-harta mereka. Sesiapa yang mencuri harta mereka akan dikenakan hukuman. Begitu juga jika merosakkan harta mereka, perlu diganti. Umat Islam juga tidak boleh menghina kehormatan mereka kerana mereka juga mempunyai hak seperti orang Islam juga. Umat Islam wajib menahan supaya tidak menyakiti mereka sama seperti kaum Muslimin. Al-‘Allamah Ibn Abidin menyebut hak itu dengan perkataannya: “Sesungguhnya dengan terjadinya akad Dzimmah, maka wajib baginya memperolehi apa yang kita perolehi. Sebagaimana Islam menjaga kehormatan umatnya, begitu juga umat Islam perlu menjaga kehormatan kaum non-Muslim (Ahl al-Dzimmah).

iv. Memberi jaminan sosial ketika dalam keadaan lemah

Khalid al-Walid bersepakat dengan penduduk al-Hairah di Iraq (yang beragama Nasrani), beliau mengatakan: “Aku telah menentukan untuk mereka, bahawa sesiapa yang telah lanjut usia dan tidak mampu bekerja, ditimpa cacat, seorang kaya yang jatuh miskin dihapuskan jizyah ke atas mereka dan ia akan mendapat tanggungan hidup dari Baitul Mal kaum Muslimin untuk dia dan keluarganya”. Perkara demikian itu terjadi ketika pemerintahan Abu Bakar. Jaminan sosial itu diberikan oleh negara Islam baik kepada Muslim mahupun non-Muslim secara sama dan adil.

v. Kebebasan beragama

Islam juga melindungi hak kebebasan bagi ahli Dzimmah seperti kebebasan dalam beribadah. Allah S.W.T.berfirman, maksudnya: “Tiada paksaan dalam memeluk agama”. Islam telah melindungi tempat ibadah bagi non-Muslim. Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Hajj: 40:

               ••                       

Maksud: Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Nabi Muhammad s.a.w telah mengadakan perjanjian dengan penduduk Najran, bahawa mereka menjadi tetangga Allah dan berada dalam perlindungan Rasulullah s.a.w ke atas harta dan agama mahupun biara-biara mereka.

vi. Kebebasan bekerja

Diberikan kebebasan bagi non-Muslim untuk bekerja. Mereka juga boleh memperolehi hak yang seperti kaum Muslimin. Adam Metz mengatakan tidak terdapat dalam perundangan Islam suatu teks yang menghalang ahli Dzimmah untuk menceburu sesuatu bidang pekerjaan. Mereka pernah memiliki kedudukan yang kuat dalam bidang industri yang banyak mendatangkan keuntungan sehingga ada yang bekerja sebagai akauntan, pedagang, tuan tanah, doktor dan sebagainya.

Ahli Dzimmah juga diberikan hak untuk menjawat jawatan di dalam negara seperti juga kaum Muslimin kecuali jabatan-jabatan yang mengutamakan corak keagamaan seperti menjadi pemimpin, komandan tentera dan hakim pengadilan bagi kaum Muslimin. Bahkan sebahagian fuqaha’ seperti al-Mawardi mengatakan bahawa tidak menjadi masalah bagi non-Muslim untuk memegang jawatan dalam jabatan menteri.

0 comments: