:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Monday, March 3, 2008

KULIAH MAGHRIB (LUQMAN AL-JAWA)

KEISTIMEWAAN DAKWAH ISLAMIAH

1) UNIVERSAL
Ianya adalah untuk seluruh umat manusia tidak mengira pangkat ,darjat keturunan mahu pun warna kulit..kerana islam adalah agama persaudaraan, agama kesejahteraan, dan keamanan, bagi ALLAH semua hmbanya adalah sama taraf dan amalanlah yang membezakan mereka. Selain itu islam adalah untuk sepanjang waktu dan semua tempat tidak kira dimana jua, dakwah islamiah adalah menyeluruh dan memang mustahillah jika seseorang mengatakan mereka tidak tahu akan islam.dalilnya ALLAH berfirman:
"Dan tidaklah kami utuskan kamu wahai Muhammad melainkan untuk manusia"
(surah saba' :28)
dan dalilnya lagi, ALLAH berfirman:
"
katakanlah wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah rasul kepada kamu semua"
(
surah al-A'raf: 158)

2) Sempurna@syumul
sesungguhnya dakwah islamiyyah merupakan satu bentuk kehidupan yang lengkap, ianya merangkumi politik, sosial, ekonomi, perundangan dan kebudayaan.

Keseimbangan antara roh dan jasad menunjukkan adanya kesempurnaan dan memerlukan didikan rohani dan jasmani.

Perlu ada nilai agama dan fizikal (akademik) dan adanya unsur dunia dan akhirat.
Dalil ALLAH berfirman:
"Hai orang2 yang beriman, masuklah masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah2 syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(surah al-Baqarah: 208)

Dakwah Islamiah yang berbentuk khatimah (penutup/terakhir)

Antara
isi yang menunjukkan islam agama terakhir ialah:
-Tiada Nabi slps Nabi Muhammad saw.
-Dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Maidah: 3 yang bermaksud:
"Pada hari ini aku telah sempurnakan agama terhadap kamu"


S
Esungguhnya islam adalah agama yang mencakupi segala aspak kehidupan manusia, dan bersesuaian dengan tabie dan fitrah manusia, kerana matlamatnya adalah untuk kebahagiaan manusia di dunia mahupun diakhirat...

Semoga apa yang kita pelajari pada hari ini dapatlah kiranya kita sampaikan pada yang lain... kita akhiri kuliah kita dengan bacaan tasbih kifarrah dan surah al-Asr...(BACA TAU JGN TAK BACA)

SEKIAN
Wassalam

0 comments: