:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Sunday, March 23, 2008

zaharah razali

Assalaamualaikum..pe khabar semua, di harap ustzh dan sahabat2 berada di dalam keredhaan dan lindungan Allah selalu...maaf baru hri nie nk join blog, diharap xterlmbt lg hehe..hri nie sye nk kongsi mengenai "Kita adalah apa yang kita pakai"

  1. Pakaian yang kita sarungkan menunjukkan siapa diri kita.
  2. Pakaian juga boleh menjadi ukuran lambang status seseorang.
  3. Berpakaian dan bergayalahikut keadaan dan tempat yang kita tuju.
  4. Berhias ringkas supaya diri nampak kemas, bukannya dengan niat untuk menunjuk-nunjuk.
  5. Pakaian muslimah adalah suatu cirri-ciri keistimewaan wanita Islam.
  6. Sekadar berpakain tertentu tidak akan sempurna jika tidak dilengkapkan dengan keperibadian dan akhlak yang baik.
  7. Pakaian yang murah akan nampak mahal dan berharga sekiranya bijak digayakan.
  8. Bergaya tidak bermakna perlu beli baju baru selalu, sebaliknya hanya perlu pandai suai padan.
  9. Sekalipun menutup aurat tidak bermakna anda tidak boleh kelihatan cantik dan kemas.
  10. Kunci kepada semua ini adalah bersederhana.


    Islam menetapkan pakaian bagi orang Muslim sebagaimana firman Allah:"Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."

Dan hadith Rasulullah yang berbunyi:

"Seorang lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki dan seorang perempuan tidak boleh memandang aurat perempuan."

0 comments: