:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Sunday, March 2, 2008

Di mana peranan kita..???

REALITI MASA KINI…

Assalamualaikum, sahabat dan sahabiah sekalian, kita merupakan tonggak kepada masyarakat dan negara. Apabila generasi kita rosak, maka rosaklah masyarakat dan negara. Oleh itu kita dapat lihat melalui suasana sekeliling bahawa musuh-musuh islam sentiasa menumpukan perhatian dan serangan mereka terhadap golongan peringkat kita.

Semenjak kita berada di pusat asuhan kanak-kanak sehingga menjejakkan kaki ke menara gading, kita sentiasa disuntik dengan racun-racun yang berbisa oleh musuh-musuh allah dari dalam dan luar negara. Kita sentiasa didedahkan dengan perlakuan barat dan kita digalakkan supaya bergerak bersama arus kebaratan negetif yang telah merosakan akidah dan akhlak umat Islam. kita sentiasa disuapkan dengan dasar-dasar pelajaran, ideologi-ideologi dan juga kemajuan yang dinikmati oleh barat.

Tidak hairanlah wahai mahasisiwa dan mahasiswi, jika kita lihat sebahagian besar daripada lapisan para pemuda dan pemudi terjunam ke lembah kerosakan dan ketandusan akhlak yang mulia, selain dari kekontangan akidah Islam yang menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. Mereka lari daripada cara hidup islam “the way of life”. Bahkan yang paling menyedihkan lagi, mereka mengeji dan memperolok-olokan cara hidup islam dan orang yang beramal dengannya…..


APA PERANAN KITA…???

Kita tidak perlulah menyalahkan mereka seratus-peratus. Ini adalah kerana kadang-kadang mereka yang rosak itu disebabkan ketiadaan orang yang membimbing mereka ke jalan islam yang sebenar. Mereka hanya mengenali islam ketika di bilik-bilik darjah semasa di alam persekolahan. Malahan bagi mereka, subjek ini hanya sekadar untuk mendapat sijil persekolahan. Oleh itu, keatas kita mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai sedikit ilmu keagamaan untuk membimbing mereka. Gunalah segala metod dakwah yang kita pelajari secara teori menjadi pratikal. Sabda rasulullah s.a.w di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

“tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia di Tanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskan, masa mudanya pada apa yang telah di penuhkannya, harta dari mana dia mendapatkannya dan kemana ia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya”

0 comments: