:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Sunday, March 2, 2008

definisi non-Muslim (A120789)

Perkataan non-Muslim merupakan satu istilah yang paling popular di kalangan para pendakwah di Malaysia pada masa kini demi menjaga maruah mereka. Ini penting kerana pada anggapan mereka, penggunaan perkataan kafir menggambarkan mereka adalah orang yang melakukan kemungkaran di bumi ini sedangkan mereka juga menyumbangkan bakti ke arah kebaikan dan kemajuan masyarakat, negara dan bumi ini. Sebenarnya mereka tidak memahami maksud perkataan kafir itu sendiri yang ditujukan khusus kepada mereka yang mengingkari perintah Allah dan menolak Islam sebagai agama mereka.

Walau bagaimanapun, perbicaraan terhadap pengertian non-Muslim iaitu orang-orang yang bukan beragama Islam atau yang mempunyai kepercayaan atau agama selain dari agama Islam juga meliputi beberapa istilah lain yang diterima pakai bagi mereka yang tidak menerima Islam antaranya perkataan al-Kufr, al-Juhud dan al-Syirik. Maksud ini menggambarkan bahawa terdapat pelbagai cara yang menggolong seseorang itu kepada non-Muslim disebabkan keingkaran terhadap perintah Allah. Di dalam banyak penulisan, non-Muslim dimaksudkan sebagai kafir.
Oleh sebab itu, non-Muslim atau kafir menurut syarak ialah suatu sifat bagi seseorang yang ingkar kepada sesuatu hukum yang telah ditetapkan dan difardhukan oleh Allah S.W.T. supaya diimani dan dipercayai, iaitu sesuatu yang dikemukakan melalui bukti dan disampaikan hakikat kebenarannya

0 comments: