:::PAUTAN:::

Photobucket

:::HADITH BUAT PANDUAN:::

Friday, February 22, 2008

PENGHAYATAN KONSEP JIHAD DALAM PEMBANGUNAN DIRI DAN UMMAH MASA KINI ( A111945 )

PENDAHULUAN

Jihad adalah gerakan alternatif yang diwajibkan kepada umat Islam bagi menghimpun segenap kekuatan dengan penuh perhatian. Tetapi jihad terlalu kerap disalah ertikan dan malah terkadang dihubungkaitkan dengan keganasan. Oleh yang demikian, hasil kertas kerja ini InsyaAllah akan memberikan kefahaman yang sebenar. Sesungguhnya gerakan jihad tidak patut digeruni.. Jihad adalah suatu gerakan yang mesti dilakukan dengan penuh perancangan dan teliti, sama ada dalam bidang aqidah, ibadat, sosial, politik, ekonomi dan kemasyarakatan.


PENGERTIAN JIHAD

Moenawar Khalid merumuskan pengertian jihad ini sebagai kata-kata jihad itu diambil daripada bahasa arab iaitu “jahd” yang beerti usaha atau kekuatan . mengikut istialah “bersungguh-sungguh mencurahkan segenap tenaga untuk melawan musuh”


Selanjutnya H.M.K Bakry menulis tentang jihad ini sebagai berikut “jihad daripada bahasa dengan susah payah kesulitan , menghabiskan tenaga untuk memerangi orang kafir murtad sampai ia kembali kepada islam. Selain itu, jihad juga boleh diertikan sebagai berjuang melawan hawa nafsu, melawan iblis / syaitan dan melawan orang yang melakukan kemungkaran dan fasik.

Dengan menampilkan beberapa rumusan dari para ulama dan cendiakawan Muslim, pengertian mengenai jihad dapat disimpulkan seperti berikut iaitu jihad adalah usaha dan perjuangan yang bersungguh-sungguh untuk mengerti dan mengamalkan ajaran islam baik dalam kehidupan individual,keluarga,masyarakat,dan negara.

Justeru ,ulama menyatakan bahawa jiha adalah usaha dan perjuangan untuk menghadapi musuh-musuh islam dan kaum muslimin, baik dalam bentuk hawa nafsu, syaitan, orang-orang yang membuat kezaliaman, kefasikan , bid`ah serta orang kafif. (Jihad Fi Sabilillah & Cabarannya. Halaman 3, 4, 5)


KEWAJIPAN JIHAD

Allah SWT telah mewajibkan jihad ke atas tiap-tiap orang Islam. Kewajipan ini adalah suatu kewajipan yang sangat digalakkan oleh Islam, ini juga suatu kewajipan yang tidak boleh dipandang ringan dan dilalaikan oleh penganut islam yang benar-benar cintakan agama Islam. Allah juga akan memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang melakukannya.

Para ulama telah sependapat bahawa jihad adalah fardhu kifayah bukan fardhu ain kecuali pendapat Abdul-Lah Bin Al- Hasan yang menyatakan bahawa hukum jihad adalah sukarela. ( bidayatul – mujtahid )


PEMBAHAGIAN JIHAD

Jihad dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya ialah :


JIHAD TERHADAP HAWA NAFSU

Tentang jihad yang pertama ini, adalah diwajibkan kepada semua orang muslim mengerjakannya dan jihad ini juga merupakan suatu perkara yang wajibkankan ke atas tiap-tiap orang yang beriman.Hal ini kerana terdapat hadis baginda S.A.W :

افضل الجهد ان يجاهد الرجل نفسه وهواه

“Semulia-mulia jihad itu adalah berjihadnya seseorang laki-laki terhadap dirinya dan hawa nafsunya”

Adapun pengertian berjihad terhadap hawa nafsunya, terdiri atas empat perkara, iaitu berjihad dengan nafsu supaya diri seseorang itu menjadi lebih rajin mempelajari kebenaran agama yang datang daripada Allah dan RasulNya dengan keyakinan bahawa dirinya tidak akan bahagia di dunia dan akhirat jika tidak mengikuti kebenaran itu.

Justeru, berjihad agar lebih rajin berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam menjalankan kebenaran yang telah dipelajarinya iaitu, kerana kebenaran yang diperolehi jika tidak digunakan maka tidak berguna sama sekali untuknya.


Seterusnya , berjihad untuk menyeru dan menyebarkan kebenaran itu kepada orang lain yang belum mengetahui.hal ini jika tidak disebarkan ia akan mendapat hukuman daripada Allah jua. Manakala dalam menyeru dan menyebarkan kebenaran tersebut, ia harus bersiap sedia untuk menerima segala risiko,ancaman ,kesusahan dan sebagainya.

Kesemua empat perkara ini dapat dikukuhkan lagi dengan firman Allah dalam Surah Al-Asr. (Rukun Al- Jihad . Halaman 36,37,38 )

والعصر* ان الأنسان لفى خسر* الأ الذين أمنوا وعملواالصلحت وتواصوا بلحق وتوا صوا بالصبر*

“Demi masa * sesungguhnya manusia itu dlam kerugian *kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solehdan berwasiat dengan kebenaran dan kesabaran*”


JIHAD DENGAN SYAITAN

Manakala bahagian jihad yang kedua pula ialah jihad dengan musuh Allah iaitu syaitan.tiap-tiap muslim wajib mengerjakanya,kerana syaitan merupakan musuh pertama sejak kehadiran manusia di ala mini yang telah dapat menggelincirkan nenek moyangiaitu nabi Adam a.s. Firman Allah SWT dalam surah Al- Isra : 53

.........ان الشيطن كان للأنسان عدوا مبينا

“bahawasanya syaitan itu adalah bagi manusia musuh yang nyata”

Ada pun jihad dengan syaitan ini ada dua masalah iaitu:

(a) Memerangi segala tipu muslihat seseorang (baik dalam bentuk tulisan,atau gambaran ) yang dapat menimbulkan keraguaan atau syak wasangka di dalam hati.

(b) Seterusnya memerangi apa yang ada pada diri seseorang daripada cita-cita dan kemahuan yang melampaui batas yang telah di tetapkan oleh syariat islam.

( Rukun Al- Jihad . Halaman 38,39 )


JIHAD DENGAN KAUM KAFIR DAN KEMUNGKARAN

Sesungguhnya jihad terhadap kaum kafir dan kemungkaran ini adalah fardhu `ain. Iaitu apabila musuh-musuh itu berusaha membinasakan negara Islam dan mengotori kehormatan dan kesucian umat Islam. Sebagaimana yang terjadi pada masa kini di kalangan negara Islam. Dalam fenomena ini, seluruh umat islam berkewajipan membela negara Islam dan mempertahankan kesucian kaum muslimin dengan darah dan hartanya.

Islam akan menyatakan perang apabila musuh-musuh Islam melakukan kezaliman, penganiayaan dan kemungkaran (maksiat). Dalam hal ini, Islam mewajibkan kepada umatnya untuk mengenyahkan kezaliman dan kemungkaran tersebut sehingga kaum muslimin bebas daripadanya.

Ini berdasarkan hadis baginda SAW

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده, فأن لم يسطع فبلسا نه , فأن لم يسطع فبقلبه وذلك أضعف الأيما

“barang sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia menegah dengan tangannya,jika ia tidak mampu maka tegahlah dengan lidahnya,seandainya ia tidak mampu juga maka tegahlah dengan hatinya yang merupakan selemah-lemah iman”

(Rukun Al- Jihad . Halaman 40,41)


KESAN JIHAD DALAM DIRI INDIVIDU

Manakala apabila diperhatikan kesan jihad ini jika di hayati dan di tanamkan dalam kehidupan bagi setiap individu,nescaya akan dapat melahirkan seorang individi yang cekal dan mantap.antara kesannya :

a) Melahirkan Jati Diri Individu Yang Kuat Terhadap Cabaran.

Seandainya konsep jihad ini ditanamkan dalam setiap individu, maka secara tidak langsung akan dapat melahirkan jati diri individu yang kuat. Hal ini kerana dalam era kemodenan ini terdapat banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Salah satunya adalah batiniah yang perlu diperkuatkan agar tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu syaitan.

b) Menanamkan Sifat Berani Dalan Diri Setiap Individu.

Justeru, apabila dihayati konsep jihad ini pasti akan lahirnya sifat berani dalam diri bagi setiap individu. Hal ini kerana sifat penakut adalah suatu perangai dan watak yang paling rendah dan sifat yang paling hina di dunia ini. Ini disebabkan penakut merupakan penutup matahari kebenaran, pemadam semangat yang menyala-nyala di dalam dada manusia. Oleh sebab itulah negara kita semakin ditindas dan maksiat semakin berleluasa.

c) Dapat Mendekatkan Diri Kepada Allah

Manakala dengan terterapnya penghayatan jihad dalam diri setiap individu maka secara langsunnya dapat mendekatkan diri kepada allah swt.hal ini melaui dengan cara sentiasa ingin mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada dalam ilmu peperangan mahupun ilmu-ilmu yang lain. Melalui penghayatan ini juga setiap individu akan lebih memajukan dirinya melalui cara mengaplikasikan ilmu yang di pelajarinya untuk agama, bangsa dan negara.


KESAN JIHAD TERHADAP UMMAH

a) Dapat Mewujudkan Perpaduan Yang Utuh Di Kalangan Umat Islam

Manakala apabila penghayatan konsep jihad ini dihayati dalam sesebuah ummah maka akan wujudnya perpaduan yang kuat dikalangan mereka. Hal ini akan menjadi sesebuah ummah yang amat digeruni oleh setiap musuh dan golongan yang jahat yang ingin menghancurkan agama Islam dan memecah belahkan umat islam. Justeru itu segala masalah yang dihadapi mudah untuk diselesaikan dan ditangani.

b) Wujudnya Semangat Mempertahankan Agama Islam

Selain itu, melalui penghayatan ini akan wujudnya semangat untuk mempertahankan agama yang dianuti iaitu agama Islam. Jika dilihat pada masa kini umat Islam yang kian ditindas dan dipermainkan oleh orang kafir. Namun kita hanya manpu memandang sahaja. Oleh yang demikian seandainya kita mempunyai semangat yang kuat nescaya kita akan bangun bersama-sama untuk menegakkan kembali panji islam di puncak dunia. Maka kita perlu menanamkan penghayatan ini dalam diri dan ummah.

c) Dapat Meluaskan Ajaran Islam Dengan Mudah

Oleh yang demikian, apabila konsep jihad ini dihayati dan dipraktikkan dalam hidup setiap muslim nescaya ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih luas ke merata pelusuk dunia. Hal ini kerana agama Islam mengajar umatnya tentang keamanan dan ketenangan. Ini dapat dilihat pada zaman baginda Rasulullah saw. Baginda dapat menyebarkan agama suci ini keseluruh pelusuk hanya berbekalkan berani, tekun, semangat dan amat mencintakan agama Islam itu sendiri. Oleh itu baginda berani berjihad walaupun jika nyawa baginda melayang.


KESIMPULAN

Sebagai makhluk yang lemah,kita tidaklah mengetahui apa yang akan berlaku sesok ataun lusa,dan kita tidak dapat mengesan sesuatu niat seseorang dan rancangan jahat orang lain terhadap kita.oleh yang demikian itu,umat islam seharusnya di beri latihan asas kerohanian dan ketenteraan sejak peringkat sekolah lagi agar apabila timbul masalah dan peristiwa yang berlaku pada masa kini dan yang akan berlaku pada masa hadapan sekurang-kurangnya kita dapat memperjuangkan ancaman tersebut dengan cara yang mudah. (Abdullah al-qari:11.1407H,3)

0 comments: